NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sultan Johor keluar kenyataan nafi poster titah parti politik

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menafikan poster tular berhubung titah baginda mengenai sebuah parti politik. - Foto ihsan RPO

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menafikan sebuah poster tular berhubung titah baginda terhadap sebuah parti politik.

Sultan Ibrahim dalam muat naik di Facebook rasmi hari ini bertitah, baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana yang disebarkan dalam poster berkenaan.

"Ini (kenyataan dan poster) adalah satu kenyataan palsu disebarkan mereka yang tidak bertanggungjawab. Rakyat diminta tidak mudah terpengaruh dengan sebarang kenyataan atau berita palsu yang disebarkan dalam media sosial," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan baginda ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office (Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga DiRaja Johor) di laman sosial rasmi.

Poster itu yang tular sejak semalam, antara lain memaparkan gambar Sultan Ibrahim serta nama baginda yang mengaitakan titah baginda terhadap sebuah parti politik di negara ini.




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo