NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Planet Musytari boleh dilihat mata kasar sehingga akhir tahun ini

SUASANA malam di bandar raya Georgetown apabila planet Musytari dapat dilihat jelas di langit menerangi seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai. – GAMBAR/YI CHOONG
PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia berpeluang menyaksikan planet Musytari di langit pada waktu malam sepanjang bulan ini sehingga Disember sekiranya tiada awan atau hujan.

Agensi Angkasa Negara (MySA) menerusi kenyataan dalam akaun sosial rasmi Facebook memberitahu, jika cuaca mengizinkan, planet itu juga boleh dilihat dengan mata kasar selain menggunakan teropong binokular atau teleskop dengan menghadap ke arah ufuk sebelah timur yang bebas daripada sebarang elemen objek halangan.

Menurut MySA, Musytari berada di buruj Aquarius mulai Ogos ini sebelum beranjak sedikit demi sedikit ke sebelah barat dengan merentasi garis sempadan antara Aquarius dan Capricornus.

Planet itu terletak dalam keadaan fenomena oposisi iaitu bertentangan satu garisan dengan bumi dan matahari serta sudut ukuran jasad samawi diameter ketara sebanyak 49 saat arka.

MySA menambah, lokaliti buruj itu sekitar hemisfera selatan bumi yang berhampiran zodiak Sagittarius dan Pegasus dengan bintang tercerahnya terdiri daripada bintang magnitud ketiga.

Permukaan Musytari jelasnya, dapat disaksikan begitu terang dan cerah dengan ciri luaran yang menonjol iaitu Great Red Spot akibat kesan pantulan daripada sinaran penuh matahari.

Dianggap sebagai planet terbesar dalam sistem suria galaksi Bima Sakti dan planet kelima dari matahari, ia memiliki sejumlah 80 bulan yang berputar sebagai objek satelit semula jadi.

Gugusan itu membentuk sistem Jovian malah empat daripadanya bersaiz besar dapat dilihat jelas dengan teleskop iaitu Io, Europa, Ganymede dan Callisto yang digelar Galilean Moons.

Di Pulau Pinang, seorang peminat astronomi tempatan, YI Choong turut berkongsi suasana langit malam negeri itu indah disinari terang planet berkenaan menerusi akaun sosial miliknya yang turut dilampirkan dalam akaun sosial Stargazer Society, meraih reaksi amat menggalakkan ramai warganet khasnya penggemar bidang sains angkasa di seluruh negara.

Sumber | Utusan


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo