NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS: Kingmaker yang lebih menyayangi agama dan bangsanya



1. Pernah PAS digelar sebagai kingmaker dalam politik negara pasca PRU14. Ternyata PAS boleh bertindak sebagai kingmaker jika PAS mahu terutama dalam situasi politik mutakhir. Perbezaan jurang sokongan melalui kerusi Parlimen amat tipis bagi kedua-dua belah pihak, sama ada PN atau PH. Dengan 18 Ahli Parlimen, PAS boleh menggunakan kuasa kingmakernya jika PAS mahu.

2. Dalam keadaan gawat inilah PAS boleh menahan lukah di pergentingan. Inilah masanya PAS boleh menuntut beberapa kementerian penting dalam kabinet. Malah tidak ralat PAS meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri, jika mahu. Orang nak terima atau tidak terpulang. PAS boleh ke seberang.

3. Jika PAS ini sundal politik seperti yang pernah diungkapkan oleh mulut longkang MP Gua Musang, PAS boleh sahaja menggadaikan prinsipnya dengan menyokong PH dengan ‘bargaining power’nya.
Kalau PAS penunggang agama seperti yang dituduh, PAS apa peduli tentang nasib ummah asalkan pemimpin-pemimpin PAS diberi kuasa yang penting.

4. Tetapi hakikatnya tidak begitu. Dalam keadaan PAS boleh menekan, mendesak dan menuntut itu ini, PAS tidak menggunakan kuasa kingmakernya. Kalau ikut pedih hatinya PAS dengan ‘permainan UMNO’, PAS boleh sahaja menjahanamkan ‘game’ tersebut. Tetapi inilah PAS; kingmaker yang lebih menyayangi agama dan bangsanya sendiri walaupun dikhianati dan disakiti.

5. Agak-agaknya bilakah PAS akan benar-benar menggunakan kuasa kingmakernya? Atau apa mungkin PAS menjadi kuasa besar yang dominan menggantikan UMNO dalam politik bangsa? Tidak mungkin. Masakan berlaku sedangkan rakan Muafakatnya hanya ingin memberi 30 kerusi sahaja untuk PAS tandingi.

6. Inilah PAS sekurang-kurangnya untuk 10 tahun lagi. Tidak berada pada posisi untuk menjadi dominan dan tidak pula berharga kingmaker-nya. PAS menggadaikan kedua-duanya asalkan kuasa ummah selamat. Asalkan musuh agama tidak kembali berkuasa, PAS sedia bersama dalam kesatuan ummah walaupun dengan peranan yang ditentukan oleh orang. Baiknya PAS. Inilah lubuk untuk dimaki oleh manusia seagama dan sebangsanya sendiri.

BayangDiAir,
18/8/2021
###################################
Penafian : Tulisan di atas merupakan pandangan peribadi penulis. MAMPUCentre tidak bertanggungjawab atas sebarang isu atau kerugian mana-mana pihak berikutan penulisan di atas.
Ikuti update kami di


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo