NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menakutkan | Siapa sebenarnya arah Umno tinggalkan Kerajaan PN?



Oleh MR ISKANDAR ZULQARNAEN

TINDAKAN Umno menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan sebahagian besar orang-orang Melayu.

Mereka bimbang kerajaan yang didominasi oleh Ahli-ahli Parlimen (MP) Melayu ini akan tumbang akibat penarikan sokongan oleh Umno ini.

Tindakan Umno menarik sokongan ini telah dianggap janggal kerana Umno dalam masa yang sama berkata tidak akan membentuk kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH). Jadi apa tujuan sebenar mereka menarik diri?

Umno dengan 14 orang MP yang menyokong Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mungkin mampu membentuk kerajaan bersendirian dengan 14 kerusi itu. Malah jika semua 42 orang MP BN menarik diri pun mereka tetap tidak mampu membentuk kerajaan tanpa bergabung dengan parti lain.

Jadi untuk apa tarik sokongan? Perkara ini yang menjadi persoalan oleh MP MIC, Datuk M Saravanan dalam Sidang Media bersama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini. Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC itu berkata, bahawa satu Malaysia 'blur' terhadap apa yang sebenarnya ingin dibawa oleh Zahid.

Jika tindakan Umno menarik sokongan kepada PN sekadar untuk mendesak secara senyap agar Muhyiddin membubarkan Parlimen, ini merupakan sesuatu yang merbahaya kepada Umno.

Ini seperti kebimbangan Ismail Sabri bahawa tindakan Presiden Umno itu boleh memberi gambaran bahawa Umno mahukan PRU semasa rakyat sedang menderita melawan Covid-19. Ini akan menambahkan kebencian rakyat kepada Umno.

Jika Umno berharap dengan tindakannya menarik sokongan itu akan menyebabkan kerajaan PN tumbang, dan sekiranya tiada siapa dapat membentuk kerajaan maka Agong akan melantik Zahid sebagai Perdana Menteri Interim sementara menunggu PRU15 juga satu andaian yang silap.

Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mungkin akan melantik mereka yang pada hemat baginda mempunyai kerusi terbesar. Jika YDPA melihat jumlah kerusi PH paling besar walau pun tidak cukup majoriti mudah 112 kerusi mungkin Anwar akan dilantik sebagai PM Interim.

Yang pasti Umno bukan berada di kedudukan kerusi paling tinggi secara bersendirian. Jadi, untuk apa Umno menarik sokongan kepada kerajaan PN? Seperti kata Saravanan tadi, satu Malaysia blur!

Namun satu perkara yang paling menakutkan yang menjadi tandatanya ialah, siapa sebenarnya di belakang arahan agar Umno menarik sokongan kepada kerajaan PN? Ini adalah kerana tindakan ini sedikit pun tidak memberi kelebihan pada Umno.

Adakah ini semua arahan daripada Cikgu Anwar? Ahli-ahli Umno sepatutnya gerun jika ini adalah hakikat yang sebenarnya.

***Penulis adalah seorang editor, wartawan dan penganalis politik.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


( Hide )
  1. Biarlah umno nak tarik pun..kalau Bn nak tarik semua pun takpe..sebab..sebab..saya..dah.. sesangat..meluat dgn bn dan umno..biarlah..kalau ini adelh jalan ke arah umno bn pupus..biarkanlah....biarkan...

    ReplyDelete
  2. U tahukan siapa cikgu saya? Memalukam

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo