NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 98 peratus kes harian COVID-19 adalah kategori 1 dan 2

Tenang, jangan huru hara, patuh SOP, segera vaksin. Foto : Utusan
Sebanyak 19,606 kes atau 98.1 peratus daripada 19,991 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini, adalah daripada kategori satu iaitu tidak bergejala dan kategori dua iaitu bergejala ringan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya hari ini berkata, sebanyak 385 kes atau 1.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes harian baru Covid-19 itu berada dalam kategori tiga, empat dan lima.

Beliau berkata secara keseluruhan, hanya 4,632 kes (23.2 peratus) daripada jumlah kes harian yang dilaporkan itu, mempunyai sejarah imunisasi Covid-19.

“Tiada kes import Covid-19 yang dilaporkan hari ini, manakala jumlah kes sembuh ialah 16,258 kes,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, 201 kematian direkodkan hari ini akibat wabak itu, dengan 34 merupakan kes kematian di rumah atau ‘brought-in-dead’.

Beliau berkata, kes aktif Covid-19 di seluruh negara pula ialah 230,762 kes dengan 1,096 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 570 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenal pasti sebanyak 47 kes varian baru SARS-CoV-2, yang kesemuanya adalah varian yang membimbangkan (VOC).

Dr Noor Hisham berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian perlu perhatian (VOI) adalah sebanyak 667 kes dengan 647 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

Mengenai kluster baru, beliau berkata sebanyak 29 kluster baru dikesan hari ini dengan jumlah yang tertinggi ialah kluster tempat kerja iaitu 17 diikuti kluster komuniti (lapan), kumpulan berisiko (tiga) dan keagamaan (satu)

++++

kosong-kosong : Sama-samalah kita junjung titah raja, beri kerjasama kepada kerajaan tangani wabak covid-19. Jangan jadi macam ahli politik Jajaran Baharu, siang malam kira kerusi dan SD, tak peduli isu rakyat.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo