Responsive Ad Slot

Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera tiba di Bangunan Perdana Putra


PUTRAJAYA: Kenderaan yang membawa Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memasuki Pejabat Perdana Menteri, di sini, pagi ini.

Beliau tiba di Bangunan Perdana Putra tepat jam 9.30 pagi tadi kira-kira 10 minit selepas kenderaan membawa Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya masuk.

Kenderaan yang membawa Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang kemudiannya menyusul dan memasuki bangunan sama.


Kesemua mereka hadir ke Pejabat Perdana Menteri bagi menghadiri mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali yang dijadualkan bermula jam 10 pagi tadi.

Difahamkan mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan situasi politik sedia ada dan kedudukan kerajaan hari ini susulan tindakan UMNO menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, difahamkan, mesyuarat Kabinet akan diadakan jam 12 tengah hari ini selepas Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

- BH


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo