NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes COVID-19 melonjak 19,819


Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi sejak pendemik ini dengan 19,819 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia sekaligus menjadikan jumlah kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 1,183,110 kes.

Katanya, semua negeri mencatatkan kes hari ini dan lima negeri dan wilayah melaporkan kes empat angka termasuk Selangor dengan 8,377 kes, Kuala Lumpur (2,467), Johor (1,162), Kedah (1,371) dan Kelantan (1,003).

"Selain itu ialah Sabah dengan 949 kes baharu, Pulau Pinang (867), Negeri Sembilan (800), Perak (662), Pahang (558) Sarawak (552) dan Melaka (508).

"Turut mencatatkan kes ialah Terengganu iaitu 481 kes, Putrajaya (46) Perlis (11) dan Labuan (lima)," katanya dalam Facebook, hari ini.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo