NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan setuju bentang RUU had tempoh jawatan PM, Anti-lompat parti - Muhyiddin


PETALING JAYA: Selain Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja, kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti di Parlimen.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembentangan itu akan dibuat sekiranya kerajaan berjaya mendapatkan sokongan bi-partisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang melebihi majoriti dua pertiga.


“Sekiranya kerajaan berjaya mendapatkan sokongan bi-partisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang melebihi majoriti dua pertiga, suatu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam Ucapan Khas Perdana Bersama Memulihkan Negara hari ini. -UTUSAN ONLINE


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo