NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kapal TLDM Lancar Peluru Berpandu Anti-Kapal Exocet SM39, MM40

Gambar kredit TLDM

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Eksesais Taming Sari 20/21 pada hari ini telah menyaksikan kapal selam “Scorpene” milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Tun Razak telah melancarkan peluru berpandu anti kapal, Exocet SM39

Dua buah kapal friget TLDM, KD Lekiu dan KD Lekir turut melancarkan peluru berpandu anti-kapal Exocet MM40.

Kedua-dua peluru berpandu anti-kapal, sama ada versi lancaran kapal selam, SM39 atau MM40 itu dibangunkan oleh firma pembuat sistem peluru berpandu Eropah, MBDA.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyaksikan penembakan peluru berpandu anti-kapal itu.

“Penembakan peluru berpandu tersebut dilakukan secara coordinated oleh kesemua aset yang terlibat,

“Kejayaan penembakan kesemua peluru berpandu ini mengenai sasaran jelas membuktikan profesionalisma, keupayaan dan kesiagaan TLDM dalam mengendalikan aset pertahanan negara,” katanya pada sidang media di Markas Wilayah Laut I (MAWILLA I) Tanjung Gelang, Kuantan.

Pelancaran peluru berpandu Exocet SM39 daripada kapal selam TLDM (Gambar kredit TLDM)

Eks Taming Sari merupakan latihan peperangan maritim yang menguji aspek perancangan dan pelaksanaan oleh TLDM.

Eksesais selama enam hari itu merupakan latihan ketenteraan terbesar dengan melibatkan 1,080 anggota TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ia juga untuk mewujudkan suasana peperangan maritim yang sebenar dalam aspek perancangan dan pelaksanaan di samping meningkatkan kesiapsiagaan aset TLDM.

“Aset-aset kita kini bersedia untuk diatur gerak sekiranya diperlukan bagi mempertahankan negara daripada sebarang ancaman,” katanya Timbalan Perdana Menteri.

Gambar kredit TLDM



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo