NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Genjatan politik demi perangi wabak COVID-19



2 OGOS: Usaha terhadap program vaksinasi dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) seakan-akan sudah hilang fokus kebelakangan ini disebabkan kepemimpinan negara terpaksa menumpukan kepada kemelut politik.

Justeru, Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Am, Dr Hanafiah Bashirun, berkata gencatan politik sewajarnya dilaksanakan semua pihak di negara ini dalam memastikan Malaysia bebas daripada kemelut pandemik COVID-19 dapat dilaksanakan tanpa sebarang gangguan,

“Adalah amat sukar untuk mengawal pandemik ketika kemelut politik berlaku dan perhimpunan dan pengumpulan beramai-ramai boleh menjadi agenda menangani COVID-19 boleh terjejas sekiranya wujud kluster baharu melalui situasi itu.

“Apa yang diumumkan kerajaan (sebelum ini) seolah-olah sudah lari fokus khususnya mengenai perkembangan fasa kedua PPN akibat kemelut politik ini…kita khuatir perubahan kepimpinan akan mempengaruhi terhadap tindakan kawalan jangkitan COVID-19,” katanya menerusi media, hari ini.

Dalam pada itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Awam (CUEPACS), Adnan Mat menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya mengharapkan semua pemimpin dan ahli politik di negara ini dapat memberikan kerjasama dan bersama kerajaan.

Beliau turut menegaskan bahawa pelbagai pihaknya khususnya ahli-ahli politik perlu menghormati keputusan dibuat kerajaan serta memberikan khidmat kepada rakyat yang menghadapi kesukaran dalam tempoh darurat COVID-19 ini.

“Kita tidak mahu setiap usaha yang baik untuk menangani penularan COVID-19 hanya dipolitikkan bagi mendapat ‘political mileage’ sahaja sebaliknya bekerjalah untuk rakyat dan bersama-samalah dengan penjawat awam untuk mendepani cabaran pandemik ini.

“Ini kerana sebarang gangguan terhadap usaha membawa negara keluar dari belenggu COVID-19, sudah tentulah nasib pekerja yang menjadi pertaruhan apabila ramai yang terjejas dan kehilangan pendapatan sama ada diberhentikan kerja atau pernigaan tidak dapat beroperasi,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani bertegas agar pemimpin politik perlu mengetepikan perbezaan ideologi masing-masing dan fokus untuk menangani COVID-19 dalam membantu menjana kembali ekonomi yang disifatkan penting untuk memastikan golongan pekerja kembali bernafas.

Menurut beliau, pihaknya bimbang tindakan sesetengah pemimpin politik yang sengaja mencurahkan minyak dalam kemelut politik ini memberi kesan kepada usaha menangani COVID-19 dan pembukaan semula ekonomi, sekali gus memberi impak kepada golongan pekerja di negara ini.

“Dalam keadaan sekarang, tolonglah fokus untuk menangani COVID-19 secara bersama dan membantu jana kembali pendapatan negara kerana dalam waktu kini amat penting untuk menyeimbangkan faktor kesihatan awam dan ekonomi.

“Kita tidak mahu lebih ramai majikan terkesan yang boleh menjejaskan lebih ramai golongan pekerja…MTUC sebenarnya kecewa dengan sikap ahli politik yang tidak menggunakan medium sebaiknya termasuk di Parlimen untuk bincang hala tuju tangani COVID-19 ” katanya.

http://www.pnbbcportal.com/2021/08/02/genjatan-politik-demi-perangi-wabak-covid-19/


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo