NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Siddiq Fadzil meninggal dunia


(Terkini) Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Siddiq Fadzil meninggal dunia kira-kira jam 6.32 petang tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun.

"Ustaz Dato Dr Siddiq Fadhil (USF) telah kembali menemui Penciptanya pada jam 6:32 petang Selasa 31 Ogos 2021.

"Jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan urusan seterusnya akan di maklumkan kelak. Al-Fatihah," kata pimpinan Abim yang mewakili keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital Annur Bangi dan dibantu dengan alat pernafasan.

Selain menjadi  Presiden ABIM ketiga, Siddiq, 74, tokoh pemimpin gerakan Islam itu juga pernah dilantik sebagai Presiden Kolej Dar al-Hikmah dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Allahyarham pernah dinobatkan sebagai  Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2018.

Allahyarham juga pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada sekitar tahun 1970an.

Dia juga merupakan presiden ketiga Abim dan bekas Presiden Wadah Pencerdasan Umat (Wadah).

Menurut keluarga beliau, Ustaz Siddiq tidak meninggal kerana Covid-19 sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo