Responsive Ad Slot

'Detektif Conan' meninggal dunia akibat kanser

Kuala Lumpur: Zairani Sarbini yang meminjamkan suara bagi watak animasi penyiasatan terkenal, Detektif Conan menghembuskan nafas terakhir di samping keluarga di kediamannya di Damansara Damai, hari ini.

Artis alih suara berusia 48 tahun itu yang menderita kanser serviks, meninggal dunia pada 3.30 petang.

Artikel Berkaitan
'Detektif Conan' derita kanser [METROTV]
Muhammad Aizat sudah tiada
Aura suara comel [METROTV]
Tanda penghargaan
Suaminya, Shamsul Cairel, 48, berkata, kesihatan arwah semakin merosot sejak seminggu lalu dan Zairani juga tidak sempat menjalani kemoterapi di Institut Kanser Negara, sebaliknya meneruskan rawatan di rumah.

"Sejak kelmarin sudah nampak tanda arwah nazak, antaranya nafas putus-putus. Isteri meninggal di sisi ahli keluarga dan tidak dapat bertutur sejak sel kanser merebak ke otak.

"Keadaannya terlalu lemah dan hanya berbekalkan ubat-ubatan selain, dibantu Hospis Malaysia sepanjang dia di rumah.

"Saya mewakili ahli keluarga berterima kasih dengan bantuan dan sokongan semua pihak sepanjang tempoh rawatan dan yang menjaga arwah," katanya ketika dihubungi.

Shamsul berkata, jenazah Zairani akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak, Selangor pada jam 9 pagi esok.

"Saya minta sesiapa yang mengenali arwah minta doakan dan maafkan kesalahan arwah. Jika ada sebarang urusan dengan arwah yang masih belum sempat ditunaikan arwah, datanglah temui saya," katanya.

Terdahulu, katanya, ramai pihak terutama ahli keluarga arwah isterinya yang menetap di Perak menyatakan kekesalahan kerana tidak dapat 'menemui' arwah buat kali terakhir kerana sekatan pergerakan.

"Begitu juga kawan isteri dalam kalangan artis alih suara yang terkesan dengan kehilangannya," katanya yang memberitahu isterinya dikenali 'Kak Baby' dalam kalangan teman dan seorang ceria, suka bergurau serta gemar membantu mereka dalam kesusahan.

Dia juga terharu dengan keprihatinan ditunjukkan rakan arwah termasuk pelakon Datuk Jalaluddin Hassan yang sering bertanya khabar sejak mengetahui arwah menderita kanser.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo