NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Buat keputusan ikut kehendak pengundi, bukan arahan parti

Dr Azmi Hassan,Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia – Foto NSTP

CYBERJAYA – Ahli-ahli Parlimen yang akan membuat undi percaya di Parlimen bulan depan perlu membuat keputusan berdasarkan kehendak pengundi masing-masing, bukannya mengikut arahan parti atau agenda peribadi.

Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata, jika wakil-wakil rakyat ini dapat mendengar kehendak pengundi, sudah tentu keputusan yang akan dibuat nanti selaras dengan kemahuan rakyat dan negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, amat jarang mendengar ahli-ahli Parlimen turun ke bawah untuk mendapatkan pandangan pengundi mereka bagi menghadapi undi percaya yang akan dilakukan apabila Parlimen kembali bersidang awal bulan depan.

“Belum lagi saya dengar ahli Parlimen membuat kenyataan terbuka atau baca dalam media (mendapatkan pandangan pengundi).

“Jadi, besar kemungkinan apa yang mereka lakukan adalah mengikut arahan parti atau agenda politik masing-masing. Seharusnya perkara itu tidak berlaku dalam keadaan sekarang,” katanya kepada Edisi 9 hari ini.

Azmi berkata, dalam keadaan kemelut politik sekarang, menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan adalah jalan terbaik tetapi malangnya situsi pandemik COVID-19 hari ini tidak membolehkannya dilaksanakan.

Katanya, walaupun kerajaan menjangkakan negara akan mencapai imuniti kelompok menjelang Oktober apabila 80 peratus penduduk sudah divaksinasi namun melaksanakan pilihan raya umum dalam tahun ini sangat berisiko.

Ini kerana tegas beliau, dengan pelbagai varian baharu seperti delta dan lambda yang mengikut kajian di Amerika Syarikat, ia mudah menular kepada golongan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun iaitu kumpulan yang tidak mendapat vaksin.

“Bagi saya konsep imuniti kelompok tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya terutama untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.

“Sebab itu saya pilihan raya umum tidak boleh dijalankan selepas Oktober atau tahun ini selagi keseluruhan penduduk termasuk kanak-kanak apabila diberi vaksin, baru boleh menggunakan ungkapan imuniti kelompok,” katanya.

Baru-baru ini Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membawa negara ke dalam kancah krisis politik apabila menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tindakan beliau yang membawa bersama kira-kira 10 ahli Parlimen UMNO itu menyebabkan keabsahan kerajaan PN dan kedudukan Muhyiddin selaku Perdana Menteri kabur.

Baca juga: Ekonomi Malaysia jatuh dalam kategori 'stagflation'? - Najib
Muhyiddin telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat usul undi percaya di Parlimen September ini bagi mengabsahkan kedudukannya dan kerajaan PN.

Bagaimanapun, Zahid bersama ahli-ahli Parlimen pembangkang membuat desakan agar usul undi percaya itu dipercepatkan kerana mendakwa Muhyiddin sudah hilang majoriti untuk mentadbir negara. 

Sumber – Edisi 9


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo