NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

62.6 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin






KUALA LUMPUR: Sebanyak 62.6 peratus atau 14,648,590 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 sehingga semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan seramai 19,389,392 individu atau 82.8 peratus telah menerima dos pertama setakat semalam.
Advertisement

Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 34,027,548 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 302,804 dos diberikan semalam dengan 160,618 merupakan dos kedua.


Sementara itu, sejarah tercipta di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) World Trade Centre Kuala Lumpur semalam apabila ia menjadi yang pertama di negara ini merekodkan pemberian vaksin Covid-19 mencecah satu juta dos.

Suntikan yang ke-1,000,000 tersebut turut disaksikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo