Responsive Ad Slot

38 orang dilaporkan terkorban dalam insiden banjir kilat di Turki






14 OGOS: Sekurang-kurangnya 38 orang terkorban dalam kejadian banjir kilat di wilayah Kastamonu dan di Sinop Turki.

Angka korban dijangka lebih di mana ramai penduduk dilaporkan hilang dalam bencana alam itu yang disifatkan saintis berpunca akibat kesan pemanasan global.

Presiden Recep Tayyip Erdogan yang bertindak turun melawat kawasan banjir melanda wilayah di pesisir Laut Mati.

Erdogan mengucapkan takziah kepada mangsa banjir ketika menghadiri upacara pengebumian dan mengetuai solat bersama ratusan penduduk di bandar Kastamonu.

Perkhidmatan kecemasan berkata, paras air mencecah empat meter di beberapa kawasan dan terus meningkat serta merebak merentas negara itu seluas 240 kilometer.

Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan banyak jambatan runtuh dilanggar arus deras dan jalan raya dipenuhi lumpur di samping lebih 200 kampung terputus bekalan elektrik.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo