Responsive Ad Slot

Test COVID-19 mesti positif selepas vaksin?

𝗧𝗲𝘀𝘁 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗 𝗠𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗣𝗼𝘀𝗶𝘁𝗶𝗳 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗩𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻?

Timbul keraguan adakah selepas vaksin, swab test PCR secara 𝗮𝘂𝘁𝗼𝗺𝗮𝘁𝗶𝗸 akan 𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁𝗶𝗳? Sebab secara teorinya vaksin itu mengandungi virus yang dimatikan atau antibodi COVID-19, jadi swab test akan jadi positif.

Ramai yang berfahaman begitu, tetapi tidak 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁.

 Bagi vaksin COVID-19 yang jenis 𝗺𝗥𝗡𝗔, seperti Pfizer-BioNTech, bukan virus yang dilemahkan atau dimatikan, tetapi sejenis nukleitida sintetik untuk mengaruh pembentukan antibodi. Selepas menjalankan tugasnya, vaksin mRNA itu sendiri terurai dan larut dalam darah.

 Bagi AstraZeneca dan Jannsen, jenisnya menggunakan virus lemah (Adenovirus) dan dicampur dengan Spike Protein virus COVID-19 (𝗩𝗲𝗰𝘁𝗼𝗿 𝘁𝘆𝗽𝗲). Selepas disuntik, vaksin AstraZeneca akan bertindak balas dengan sel darah putih bagi membentuk antibodi. Vaksin tersebut akhirnya ditelan oleh sel darah putih dan dikumuhkan.

 Manakala jenis vaksin yang tidak aktif (inactivated) seperti vaksin Sinovac dan Sinopharm juga akan bertindak balas dengan sel darah putih. Akhirnya terbentuk antibodi. Virus yang tidak aktif itu tidak sesekali membiak atau merayap ke kerongkong. Mereka akan ditelan oleh sel darah putih dan dikumuhkan.

𝗦𝘄𝗮𝗯 𝗣𝗖𝗥 adalah mengesan wujudnya virus samada masih hidup atau mati. Jadi setelah cucuk vaksin, 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁𝗶𝗳 𝗣𝗖𝗥, kerana virus COVID-19 atau komponennya sudah tidak wujud. Jika berlaku juga kes positif bermakna seseorang itu dijangkiti oleh virus COVID-19 yang betul bukan dari vaksin.

𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘂𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗮𝗻𝘁𝗶𝗯𝗼𝗱𝗶?

Ujian antibodi pula mengesan kewujudan antibodi dalam tubuh. Tetapi kita tidak dapat ketahui dengan tepat samada antibodi itu terhasil dari jangkitan semulajadi virus COVID-19,  atau dari vaksin. Tambahan pula alat ujian antibodi tersebut tidak khusus kepada antibodi Spike Protein atau nukleokapsid virus. Bahkan Spike Protein pun banyak pula epitope dia (S1, S2, RBD up, RBD down, dan RBM). Kalau nak buat juga pengesanan antibodi, hanya dalam makmal besar bagi tujuan kajian sahaja. Kos pun mahal.

Tu tak bincang lagi bab sensitiviti dan spesificiti alat ujian antibodi. Pendeknya, tidak boleh digunakan untuk menentukan seseorang itu ada antibodi atau tidak.

Harap faham penerangan saya kerana tulis perkataan teknikal perubatan. Jangan keliru pulak dengan tulisan antivaksin yang entah depa ceduk dari mana fakta.

Suhazeli Abdullah

25.7.2021

Tengkawang

[1] Priya Joi. VACCINESWORK: Can you test positive for COVID-19 test after getting the vaccine? GAVI Online. 2 June 2021.

[2]Tim Stenzel. FDA In Brief: FDA Advises Against Use of SARS-CoV-2 Antibody Test Results to Evaluate Immunity or Protection From COVID-19, Including After Vaccination. May 19, 2021

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo