NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahukah anda? Kadar vaksinasi Malaysia lebih tinggi daripada UK



11 JULAI: Kadar purata vaksinasi COVID-19 harian negara dilaporkan kedua terbaik selepas Singapura dalam kalangan sembilan negara tersenarai.

Perkara itu didedahkan oleh Our World in Data yang dikelolakan Oxford Martin School, University of Oxford dan GCDL.

Berdasarkan data berkenaan, setakat 9 Julai 2021, Singapura di tangga pertama dengan purata harian vaksinasi 1.3 bagi setiap 100 orang, diikuti Malaysia merekodkan 0.96 bagi setiap 100 orang, Taiwan; 0.65, United Kingdom; 0.38, Thailand; 0.36, Indonesia 0.31, Korea Selatan; 0.2, Amerika Syarikat; 0.18 dan Vietnam; 0.02.

Malah, Malaysia dilihat konsisten di tempat kedua dan mengatasi United Kingdom sejak 23 Jun lalu.

Gambar rajah menunjukkan pemberian dos vaksin semalam berjumlah 324,745.


Dalam pada itu, data Our World in Data juga menunjukkan Malaysia turut merekodkan purata pemberian vaksin harian ketiga tertinggi pada 9 Julai 2021 dengan 309.694 dos, selepas Indonesia dan Amerika Syarikat.

Pada tempoh sama, Indonesia mencatatkan purata vaksinasi 854,602 dos, manakala Amerika Syarikat merekodkan 593,848 dos.

Bagi peratusan vaksinasi, Malaysia berada di tangga kelima daripada sembilan negara tersenarai.

Setakat 9 Julai 2021, negara mencatatkan 10 peratus penduduk telah mendapat vaksinasi penuh, dan 13 peratus memperoleh satu dos.

United Kingdom merekodkan peratusan tertinggi dengan 51 peratus vaksinasi penuh, dan 17 peratus sebahagian dos.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 324,745 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,075,493 dos.
Gambar rajah menunjukkan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat semalam iaitu lebih 11 juta.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi ciapan di Twitter miliknya memaklumkan daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 213,971 adalah dos pertama manakala 110,774 adalah dos kedua.

Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 78,081 orang, disusuli Sarawak (62,241), Kuala Lumpur (46,695), Perak (24,067) dan Negeri Sembilan (19,563).

Sehingga semalam, katanya, jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 dos pertama ialah 7,649,848 dan dos kedua 3,425,645


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo