Responsive Ad Slot

Sikap Tunjuk Lagak dan Tunjuk Pandai Punca Covid Jadi Haru Biru Di Selangor.

Haru biru covid yang berlaku di Selangor sekarang bagi saya bukan sesuatu yang mengejutkan.
Malah dari awal2 kes covid dulu saya telah jangkakan satu hari akan berlaku keributan. Ternyata hari ini benar.
Awal2 kita PKP tahun lepas Kerajaan Selangor telah menimbulkan masalah dgn Pusat. Masa itu MKN kata kedai2 yg bukan kategori perlu tidak boleh dibuka. Selangor pula beri kebenaran kepada kedai spare part beroperasi. Telah timbul sedikit masalah dengan MKN.
Kemudian mereka tubuh task force sendiri. Kononnya nak tunjuk mereka cerdik dan hebat. Sedangkan negeri2 lain kerajaan negeri bekerjasama rapat dengan Jabatan Kesihatan Negeri.

Apabila KKM perkenalkan MySejahtera, mereka pula perkenalkan Selangkah. Timbul masalah pula mengenai data2 dgn KKM. Bergaduh pula dgn KKM.
Kemudian mereka umumkan bahawa mereka lebih baik mengawal covid. Poyo tahap gaban.
Sampai masa vaksin pula, mereka pula nak buat sistem vaksin sendiri.
Apakah mereka ini fikir mereka bukan dalam Malaysia ?
Pulau Pinang walaupun diperintah DAP, mereka bekerjasama rapat dgn Pusat. Awal2 dulu mereka ada juga buat aplikasi sendiri. Kemudian mereka selaraskan dgn MySejahtera.
Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang tidak ada masalah untuk berkerjasama rapat dgn Ketua Menteri. Tidak pula kerajaan negeri mereka tubuh task force sendiri.
Sampai masa vaksin, pun tidak ada masalah. KJ turun ke sana, Ketua Menteri sediakan tempat dan bawa tunjuk semua tempat2 yg disediakan untuk pusat vaksin.
Sebab itu walaupun P.Pinang kilang banyak, ianya tidak menjadi masalah besar. Kerana Kerajaan Negeri mereka tidak berlagak untuk tunjuk pandai.
Johor dan Pahang pun banyak juga kilang. Tetapi masalah mereka tidaklah seteruk Selangor. Sebab semua mereka kerjasama rapat dgn Pusat.
Dalam kita nak berperang lawan musuh, kita tidak boleh ada dua atau tiga kepala. Harus ikut satu kepala sahaja.
Apabila buat kepala sendiri, inilah padahnya. Apabila keadaan makin parah, tuding jari kepada orang lain.
Hari ini task force covid Selangor telah merosakkan Malaysia secara keseluruhan. Kerana angka2 yang tercatat serta situasi yg berlaku di Selangor telah mencacatkan Malaysia.
Syabas PKR. Tahniah PAN



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo