NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NGO sumbang 12 unit ‘oxygen concentrator’ kepada HTAR



KUALA LUMPUR: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah penyelarasan Khidmat Malaysia Negeri Selangor, Papisma Selangor dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia telah menyampaikan sumbangan 12 unit oxygen concentrator beserta dengan peralatan perubatan yang lain kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, kelmarin.

Sumbangan itu diserahkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi kepada Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri merangkap Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor, Ustaz Noor Najhan Salleh dan Dr Halimah Ali yang mewakili Yayasan Amal Malaysia.

Turut menyumbang ialah Syabab Care dan Kumpulan Wanita Islam dan lain-lain NGO yang sentiasa bersama Khidmat Malaysia.

Difahamkan mesin oxygen concentrator itu adalah alat yang boleh menghasilkan gas oksigen dari gas udara biasa dengan mengeluarkan nitrogen secara selektif untuk membekalkan aliran gas produk yang diperkaya oksigen.



Peralatan itu amat diperlukan oleh pihak hospital agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh petugas perubatan dalam usaha mereka merawat pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan.

Sebelum ini, HTAR telah mendapat perhatian nitizen susulan ramai pesakit Covid-19 menerima rawatan di situ.

Susulan itu, HTAR menerima pelbagai sumbangan daripada pelbagai NGO termasuklah barangan makanan dan minuman serta peralatan lain. – HARAKAHDAILY 16/7/2021

https://harakahdaily.net/index.php/2021/07/16/ngo-sumbang-12-unit-oxygen-concentrator-kepada-htar/



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo