NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muslim Tanpa Aqidah dan Akhlak


Bila insan  Muslim
Tanpa
Aqidah
Tanpa
Akhlak
Hilanglah jati diri
Kerna
Dua senjata ini
Terlalu tajam dan berbisa
Buat musuh
Rasa gerun dan takut 

Mendepani arus zaman ini
Dalam cabaran dan halangan
Harus diingat
Insan bergelar Muslim
Perlu
Disirami air suci
bersama baja keikhlasan
Diselimuti kekuatan iman dan Takwa
Kerna
Tanpa
Siraman ini
Insan yang bernama Muslim 

Pasti
Tumbang
Kerna jasad dan rohnya
Telah dimakan serangga dan ulat
Dimamah menjadi
Dosa dan Noda 

Lalu
Kekejian pun
Bersarang di hati dan minda
Sehingga
Terkeluarlah
Ungkapan kotor dan jijik
Di hujung lidah dan jejari 

Lalu
Menjalarlah kebinasaan ini
pada akar dan pucuk
Pokok ketakwaan
Dimakan  anai anai dan dedalu
Kekufuran serta kefasikan

Maka
Kian kaku dan lesulah
Jasad insan soleh
Buat
Sujud dan rukuk
Pada ilahi 


Ust Md Ali Jamil
Jumaat ( 3.10 pagi)
13 Zulhijah 1442
23 Julai 2021.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo