NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GABUNGAN NGO TOLAK SYARAT UEC BAGI PERMOHONAN KE IPG





Kami membantah sekeras-kerasnya pengiktirafan graduan UEC untuk diterima masuk ke IPG, KPM walaupun bagi kursus bahasa Cina sahaja.

UEC bercanggah dengan sistem pendidikan kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan diurus tadbir oleh badan swasta secara sewenangnya yang tidak diiktiraf dan amat diragui kualitinya.

Ini berbeza daripada sijil SPM yang diurus oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Majoriti Badan Bukan Kerajaan (BBK/NGO) sebelum ini telah dengan tegas menolak pengiktirafan UEC dalam beberapa perbincangan terperinci meja bulat antara Kementerian dengan BBK sejak tiga tahun lalu lagi.

Kurikulum pendidikan UEC banyak mengandung kesilapan fakta, rendah kualiti dan sebagainya malah bercanggah dengan aspirasi perpaduan nasional.

Pengiktirafan yang kononnya daripada beberapa universiti di luar negara tidak boleh diterima pakai sebagai jaminan mutlak kualiti kerana falsafah dan aspirasi negara kita tidak sama dengan negara lain.
Kita kesal kerana sama ada pegawai tertinggi KPM gagal menasihat Menteri atau Menteri tidak mengendahkan nasihat.

Ingatlah peribahasa lulus jarum luluslah kelindan boleh berulang. Banyak cara yang lebih baik untuk mengatasi masalah kecil tersebut agar tidak menjadi tikus membaiki labu.

Kita berharap KPM segera menarik balik pengiktirafan ini atau Menterinya segera diminta mengundur diri.

Kenyataan Bersama,
1. Dato Seri Profesor Dr Awang Sariyan.
2. Dato Raouf Husin Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Peekhidmatan Pendidikan Malaysia.
3. Dato Zainal Abidin Burhan Pengerusi Pertubuhan Lingustik Malaysia.
4. Mohd Zai Mustafa, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
5. Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
6. Ahmad Farhan Rosli,
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
7. En Kamal Shukri Wakil Khas PLM
8. Puan Zaharah Sulaiman,Pengakaji, Penyelidik, Penceramah Sejarah Malaysia.

https://www.facebook.com/KongresRakyatMalaysia/posts/1566166877047681

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo