NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMMAH bersoladariti bersama Agong

Daulat Tuanku,..

Mohon Sembah Takzim UMMAH BERSOLIDARITI BERSAMA TUANKU.

Patik mewakili Pimpinan Ummah diseluruh negara dan rakyat jelata merafak Sembah Takzim sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta'in Billah Shah, Kebawah Duli Yang Di Pertuan Agung, semoga Allah memberi petunjuk, hidayah dan segala kebesaran serta kemuliaan kepada Baginda bagi memimpin negara dan ummah.


UMMAH mengajak seluruh rakyat jelata (ummah) untuk menumpahkan taat setia tampa berbelah bagi, bersatu padu dibawah lembayung kerajaan Baginda yang menerajui negara yang sedang berdepan bagi memerangi untuk memutuskan rataian virus covid 19.

Kesejahteraan dan keselamatan rakyat adalah keperihatinan Baginda yang sentiasa diutamakan.

Walaupun ada pihak-pihak yang cuba menganggu gugat institusi ini, dengan melakukan perbuatan penderhakaan kepada Baginda seperti yang dilakukan oleh Iswardy Morni dan rakan-rakan sekutu nya, cubaan meratifikasikan ICERD dan Statut ROM semasa Kerajaan PH yang telah ditentang hebat oleh Himpunan Sejuta Ummah di Dataran Merdeka yang popular dengan Himpunan Perpaduan Ummah pada 8 Disember 2019.

Sehubungan itu, Ummah sekali lagi mengajak rakyat seluruh negara bersatu padu dan bersolidariti mempertahankan tonggak dan pancang kenegaraan yang terpahat utuh dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ummah akan tetap mempertahankan Institusi ini daripada sebarang anasir jahat yang menjadi gunting dalam lipatan, pembelot kepada negara bagi menghapuskan Institusi ini.Dakyah mereka ini mesti ditentang habis-habisan dan dihapuskan.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), dan
Pimpinan Gerakan Pembela Ummah-(Ummah Malaysia)
7 Jun 2021





No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo