Kenaikan harga sawit bantu pekebun kecil - Hj Bakri




Berdasarkan 34 tahun dalam industri sawit, kami telah melalui turun naik harga sawit yang telah sebati dalam kehidupan seorang planter ( Istilah yang digunakan kepada Manager Estate )

Strategi dan perancangan Operasi sebuah ladang sawit dan getah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh turun naik harga komoditi dan kekuatan kewangan sesebuah syarikat.

Saya akui dari tahun 1985 saya menceburi sektor perladangan, kali ini lah harga Komoditi minyak sawit berada pada paras paling tinggi.

Secara mudah Kos pengeluaran tandan sawit ( Ex estate cost ) hari ini adalah sekitar RM250 - RM300 bagi sebuah syarikat perladangan besar. Sementara bagi pekebun kecil diperkirakan sedikit tinggi iaitu antara RM300 - RM380 per ton buah ( TBS ).

Kos-kos diatas sudah sudah termasuk kos pemeliharaan, Harvesting dan Pengangkutan

Harga Tandan Buah Segar ( TBS ) hari ini adalah antara RM800 -RM1000 bergantung kepada region dan kadar perahan minyak sawit ( OER )

Jumlah pengeluaran bagi seseorang pekebun kecil juga bergantung kepada keluasan kebun yang mereka milik, umur pokok sawit dan jenis tanah.

Sekiranya seorang pekebun kecil dapat memgeluarkan sekitar 8 ton buah sawit bererti hasil jualannya adalah 8 x RM800 = RM6,400.

Dan jika ditolak dgn Kosnya RM350 × 8 = RM2,800

Pendapatan Kasar RM3,600.

Hasil jualan ini adalah lebih baik berbanding jika harga Buah Sawit diparas RM350 - RM450/ ton pada tahun 2018 dimana pekebun kecil hanya akan mendapat sekitar RM300 - RM800 sahaja secara kasar dengan purata pengeluaran 8 ton buah sawit.

Sebab itu ketika harga CPO diparas RM2,000- RM2,200 /ton ramai pekebun kecil mengeluh kerana harga TBS waktu itu adalah sekitar RM350 - RM450. Dan tidak berbaloi.

Jadi menurut saya adalah tidak benar sekiranya pekebun kecil atau peneroka Felda mendakwa mereka tidak memperolehi apa-apa keuntungan dengan kenaikan harga Minyak Sawit Mentah ( MSM ) yang berlaku pada waktu ini.

Saya yakin pekebun kecil yang berjumlah 650,000 orang dan peneroka felda seramai 112,000 orang dapat menikmati Sawit Anugerah Tuhan degan harga MSM diparas > RM3,000/ton.

Dan kalau diambil kira ahli keluarga dan mereka-mereka yang terlibat didalam Industri Sawit ini sudah pasti sekitar 3 juta orang sedang menikmati anugerah Allah kepada mereka iaitu Kelapa Sawit.

Bakri Jamaluddin
Tangga Batu
MELAKA.
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post