NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Wilayah Persekutuan(WP) gesa kerajaan serius tangani isu judi



KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan (WP) sekali lagi menegaskan bahawa sebarang isu berkaitan dengan aktiviti perjudian perlu ditangani secara tegas dan pantas oleh pihak berwajib.

Pesuruhjayanya, Azhar Yahya berkata, penularan sebuah video iklan oleh sebuah syarikat judi GDBet333 bukan sahaja mengganggu keharmonian awam ketika berada di bulan Ramadan, dengan menggunakan pelakon yang kelihatannya berbangsa Melayu bahkan berlatarkan hari raya, hari kemenangan umat Islam sangat mengaibkan.

“Bukan sahaja mengaibkan bahkan sangat jelas bertentangan dengan undang-undang di negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, katanya PAS WP menggesa kerajaan hari ini supaya lebih tegas dan efektif dalam membendung perkara-perkara sebegitu.

Beliau mempersoalkan mengapa perlu mengambil masa terlalu lama untuk menanganinya.

Di samping itu, ujarnya PAS WP juga ingin menegaskan bahawakKerajaan perlu menangani isu perjudian sehingga ke akar umbi dan tidak lagi timbul isu judi ‘halal’ mahupun ‘haram’.

“Dalam tempoh darurat ini, sewajarnya tidak menjadi masalah kepada kerajaan untuk lebih efektif dan efisyen membanteras aktiviti perjudian dalam negara,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 16/4/2021

https://harakahdaily.net/index.php/2021/04/16/pas-wp-gesa-kerajaan-serius-tangani-isu-judi/


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo