Responsive Ad Slot

Teknik Feynman: Berkesan Untuk Belajar Ilmu Baru Termasuklah Ilmu Pelaburan Saham



Richard Feynman mungkin nama yang sangat asing di dalam dunia pelaburan saham. Beliau bukanlah seorang pelabur yang terkenal seperti Benjamin Graham, Philip Arthur Fisher atau Warren Buffett.

Sebaliknya, Richard Feynman merupakan salah seorang ahli fizik yang terkenal dan pernah mendapat anugerah tertinggi di dalam bidang sains dengan memenangi Hadiah Nobel Fizik pada tahun 1965.

Beliau yang sangat terkenal di dalam bidang sains kuantum yang mana pada masa kini, perkataan kuantum sering digunkan di dalam bidang sains. Richard Feynman merupakan manusia yang pertama yang mengkaji secara teperinci mengenai mengenai ilmu fizik kuantum ini.

Latar Belakang Richard Feynman

Beliau merupakan rakyat Amerika Syarikat yang dilahirkan di New York pada tahun 1918. Bapanya merupakan sales manager manakala ibunya seorang suri rumah.

Pemikiran Richard Feynman banyak dipengaruhi oleh bapanya yang sering mengajarnya cara berfikir dengan betul ketika beliau masih lagi seorang kanak-kanak.

Bapanya tidak mahu beliau terpengaruh dengan pemikiran Orthodox yang akan merugikan anaknya apabila meningkat dewasa. Dari sinilah, Richard Feynman telah mempelajari cara berfikir dengan lebih bai berbanding dengan kanak-kanak lain seusia dengannya.

Ada satu peristiwa yang betul-betul telah mengubah cara pemikirannya ketika beliau masih seorang kanak-kanak.

Pada waktu tersebut dia bersama rakannya telah melihat seekor burung. Rakannya telah mengajukan soalan kepada Richard Feynman sama ada beliau tahu atau tidak nama burung tersebut. Beliau yang kelu terhadap pertanyaan rakannya itu lalu menjawab tidak tahu.

Apabila pulang ke rumah, beliau sedar sebenarnya burung tersebut pernah diterangkan oleh ayahnya. Malahan ayahnya juga turut mengajarnya tentang nama burung tersebut dengan pelbagai bahasa tetapi dia tidak ingat tentang perkara tersebut.

Tahu Vs Faham (Know Vs Understand)

Seja daripada itu, Richard Feynman telah mengenalpasti apa masalah yang dihadapinya. Beliau sedar bahawa selama ini hanya tahu sahaja tetapi tidak faham dengan apa yang berlaku.

Oleh yang demikian, beliau telah mencipta satu kaedah yang dinamakan Feynman Technique yang digunakan oleh dirinya untuk memahami sesuatu perkara yang baru ketika belajar. Beliau menggunakan teknik ini ketika belajar di peringkat pengajian tinggi.

Teknik Feynman Yang Digunakan Dalam Saham

Mari kita lihat bagaimana Feynman Technique ini boleh membantu seseorang untuk mempelajari ilmu pelaburan saham. Teknik ini berkesan jika kita mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan.

1. Tentukan Subjek Yang Ingin Belajar (Identify the subject)
  • Kita perlu memilih satu tajuk yang ingin dipelajari dengan spesifik
  • Contoh: cara belajar moving average, parabolic SAR, volume dan price
  • Catat semua benda yang kita tahu mengenai topik tersebut di atas sekeping kertas atau sebuah buku.
  • Ambil buku rujukan dan belajar semua topik yang dipilih secara terperinci mengenai topik tersebut.
  • Jika melibatkan laman web, pastikan sumber rujukan laman web dicatat untuk memudahkan membuat rujukan pada masa akan datang.
2. Cuba Ajar Ilmu Yang Dipelajari Kepada Seorang Budak (Teach it to a child)

Setelah memahami ilmu yang dipelajari, cuba terangkan ilmu tersebut kepada orang ramai.

Menurut Richard Feynman, jika kita mampu untuk menerangan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak tersebut memahami apa yang kita terangkan, ini bermaksud kita memahami ilmu tersebut dengan jelas.

3. Mengenal Pasti Bahagian Yang Tidak Difahami (Identify your knowledge gaps)

Semasa sesi penerangan tadi, sekiranya kita tidak memahami sesuatu perkara dan tidak boleh menerangkan dengan jelas kepada audiends kita, kita perlu kembali kepada sumber rujukan dan belajar secara terperinci lagi bagi memahami topik tersebut.

4. Susun Ilmu Dengan Baik Dan Sediakan Contoh (Organize + Simplify + Tell a story)

Selepas kita memahami ilmu sesuatu ilmu itu, kita perlulah menyusun dan mampu menerangkannya dengan bahasa yang lebih ringkas. Letakkan contoh-contoh penting bagi memudahkan kita memahami topik tersebut.

Cara yang terbaik adalah melalui teknik penceritaan agar orang ramai dapat tangkap dengan mudah.

Dengan menggunakan Feynman Technique ini, kita mampu belajar apa saja subjek yang sukar dengan mudah. Teknik ini terbukti berjaya menjadikan Richard Feynman seorang saintis yang terkenal malah dia mampu untuk menerangkan sesuatu teori sains yang sukar kepada orang awam dengan sangat mudah.

Disebabkan perkara tersebut, beliau telah dianggap sebagai guru yang genius oleh Bill Gates.

Sumber Rujukan:

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo