Responsive Ad Slot

Sultan Kelantan perkenan sambung khidmat Nazra



KOTA BHARU - Perkhidmatan Datuk Nazran Muhammad sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan disambung untuk tempoh dua tahun lagi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada Khamis.

Timbalan Setiausaha (Pengurusan), Datuk Azmi Tengku Jaafar berkata, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyambung perkhidmatan tersebut berkuatkuasa pada Rabu.

"Adalah dimaklumkan bahawa Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan untuk menyambung perkhidmatan Datuk Nazran sebagai Setiausaha Kerajaan Kelantan secara kontrak untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa pada 10 Mac 2021," kata kenyataan tersebut.

Nazran dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2018 dan bersara wajib pada 10 Mac 2021.


Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/127991/EDISI/Sultan-Kelantan-perkenan-sambung-khidmat-Nazran



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo