NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sabah - Umno dakwa dibuli tapi minta dana PN - Dr Kamarul Yusoff



Oleh MR ISKANDAR ZULQARNAEN

KUALA LUMPUR, 24 Mac : Penganalisis politik terkenal, Dr Kamarul Zaman Yusoff mempersoalkan tindakan Umno yang mendakwa dibuli dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah namun meminta dana daripada Perikatan Nasional (PN).

"Tidak ramai yang tahu betapa sewaktu tempoh kempen Pilihan Raya Negeri Sabah pada September 2020 lalu UMNO BN, atas sebab tertentu, telah keputusan dana.

"Disebabkan itu, Tan Sri Annuar Musa selaku Setiausaha Agung BN telah memohon dana tersebut daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden BERSATU dan Pengerusi PN," ujar Dr Kamarul dalam satu hantaran di laman Facebook beliau semalam.

Tambah beliau lagi, setelah diadukan masalah itu dalam pertemuan mereka di Sibu, Sarawak, pada 16 September 2020, maka Tan Sri Muhyiddin Yassin pun memberikan sejumlah dana yang besar kepada kempen UMNO dan BN di Sabah.

"Sedangkan sekiranya BERSATU mahu membuli UMNO atau menganggap UMNO saingan BERSATU maka sudah pastilah Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan membantu UMNO di saat ia menghadapi kesulitan.

"Malangnya, soal pemberian bantuan kewangan BERSATU kepada UMNO ini tidak pernah diceritakan kepada ahli-ahli bawahan UMNO, yang sebaliknya dibawa ialah dakwaan UMNO dibuli oleh BERSATU," kata Dr Kamarul lagi.

Tambah Dr Kamarul, mengikut logik akal, jika benarlah UMNO dibuli oleh BERSATU dalam PRN Sabah maka sudah pastilah UMNO Sabah akan menjadi negeri pertama menyokong cadangan memutuskan hubungan dengan BERSATU.

"Syukurlah ini tidak berlaku kerana apa yang berlaku ialah Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Raden, awal-awal lagi menyatakan UMNO Sabah akan terus bekerjasama dengan BERSATU walaupun jika UMNO Pusat memutuskan di sebaliknya.

"Apakah logik pihak yang didakwa dibuli tidak mempunyai sebarang masalah untuk meneruskan hubungan dengan pembulinya?" soal Dr Kamarul dalam hantaran Facebooknya itu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo