NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pondan : Membetulkan Laras Berfikir Liberalis


Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

1️⃣  Melawan Aturan Tuhan

▪️ Di dalam Surah al Baqarah ada menceritakan bagaimana Iblis bertindak untuk meliberalkan (membebaskan) dirinya daripada ketetapan Tuhan yang menyuruhkan supaya tunduk hormat kepada Nabi Adam AS. Iblis ingin membebaskan diri daripada sebarang keterikatan dengan aturan Tuhan.

▪️ Selain itu, pertikaian bangsa terdahulu terhadap dakwah Nabi Hud AS;

Ł‚َŲ§Ł„ُŁˆۤŲ§۟ Ų£َŲ¬ِŲ¦ۡŲŖَŁ†َŲ§ Ł„ِŁ†َŲ¹ۡŲØُŲÆَ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁˆَŲ­ۡŲÆَŁ‡ُŪ„ ŁˆَŁ†َŲ°َŲ±َ Ł…َŲ§ ŁƒَŲ§Ł†َ ŪŒَŲ¹ۡŲØُŲÆُ Ų”َŲ§ŲØَŲ§ۤŲ¤ُŁ†َŲ§ ŁَŲ£ۡŲŖِŁ†َŲ§ ŲØِŁ…َŲ§ ŲŖَŲ¹ِŲÆُŁ†َŲ§ۤ Ų„ِŁ† ŁƒُŁ†ŲŖَ Ł…ِŁ†َ Ł±Ł„ŲµَّŁ€ٰŲÆِŁ‚ِŪŒŁ†َ
.
Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar". (Surah al A'raf : 70)

Berdasarkan ayat ini, menceritakan bahawa disebabkan taqlid mereka terhadap generasi terdahulu, mendorong mereka untuk ‘tidak terikat’ dengan syariat dan ketetapan yang dibawa oleh Nabi Hud AS, yang hanya menyuruh menyembah Allah sahaja dan meninggalkan sembahan-sembahan yang lain. Sebab itulah kaum-kaum ini disifatkan sebagai ‘ingkar’ kerana mereka anggap seruan menyembah Allah SWT itu sebagai satu ikatan yang menyekat kebebasan mereka untuk menyembah dewa

2️⃣ Liberalisme dan Ke’liar’an

▪️ Kita perlu faham bahawa Liberalisme mempunyai ‘perselisihan mazhab’nya. Ada mazhab dalam liberalisme yang menolak konsep negara berkebajikan, ada yang menolak kepelbagaian dan toleransi, bahkan di negara-negara yang mendokong liberalisme sendiri, menurut John Rawls (Buku Lectures on the History of Political Philosophy) menyatakan terdapat banyak kelemahan dan tidak mencerminkan prinsip keadilan yang sepatutnya;

“fall far short of what democratic justice would seem to require”.

▪️ Dari sudut huraian liberalisme secara mendalam beserta akar-akarnya, kita dapati liberalisme membawa satu asas, iaitu;

“liberals hoped for ethical order without appeal to divine authority”

Golongan liberal mengharapkan suatu tatanan etika tanpa perlu melibatkan autoriti Tuhan

Dalam perkara ini, golongan liberal dilihat bertentangan dengan golongan konservatif Barat yang menganggap kebebasan individu dan pilihan peribadinya akan mengancam kepercayaan dan tatanan masyarakat. Golongan konservatif Barat percaya bahawa autoriti kuasa dan adat tidak dapat diubah dan dipersoalkan.

▪️ Justeru, tidak pelik sekiranya Liberalism itu mampu mengheret kepada isu aqidah. Atas nama membebaskan diri daripada sebarang keterikatan terhadap undang undang yang mengikatnya termasuk yang bersifat norma hidup, ataupun Ketuhanan

3️⃣ Perlukan Ketegasan Kerajaan

▪️ Perlu kepada pemerintah yang tegas dan sedar tentang serangan ideologi. Bukan pemerintah yang bersikap realisme atau pragmatisme, yang hanya tahu menjaga kedudukan semata mata. Penegasan untuk mempertahankan ‘fitrah’ manusia adalah sangat perlu.

▪️ Penegasan ini selaras dengan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim daripada Saidatina Aisyah RA;

ŁƒŲ§Ł† ŁŠŲÆŲ®Ł„ Ų¹Ł„Ł‰ Ų£Ų²ŁˆŲ§Ų¬ Ų§Ł„Ł†ŲØŁŠ ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… Ł…Ų®Ł†Ų« ŁŁƒŲ§Ł†ŁˆŲ§ ŁŠŲ¹ŲÆŁˆŁ†Ł‡ Ł…Ł† ŲŗŁŠŲ± Ų£ŁˆŁ„ŁŠ Ų§Ł„Ų„Ų±ŲØŲ© Ł‚Ų§Ł„ ŁŲÆŲ®Ł„ Ų§Ł„Ł†ŲØŁŠ ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… ŁŠŁˆŁ…Ų§ ŁˆŁ‡Łˆ Ų¹Ł†ŲÆ ŲØŲ¹Ų¶ Ł†Ų³Ų§Ų¦Ł‡ ŁˆŁ‡Łˆ ŁŠŁ†Ų¹ŲŖ Ų§Ł…Ų±Ų£Ų© Ł‚Ų§Ł„ Ų„Ų°Ų§ Ų£Ł‚ŲØŁ„ŲŖ Ų£Ł‚ŲØŁ„ŲŖ ŲØŲ£Ų±ŲØŲ¹ ŁˆŲ„Ų°Ų§ Ų£ŲÆŲØŲ±ŲŖ Ų£ŲÆŲØŲ±ŲŖ ŲØŲ«Ł…Ų§Ł† ŁŁ‚Ų§Ł„ Ų§Ł„Ł†ŲØŁŠ ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… Ų£Ł„Ų§ Ų£Ų±Ł‰ Ł‡Ų°Ų§ ŁŠŲ¹Ų±Ł Ł…Ų§ Ł‡Ų§Ł‡Ł†Ų§ Ł„Ų§ ŁŠŲÆŲ®Ł„Ł† Ų¹Ł„ŁŠŁƒŁ† Ł‚Ų§Ł„ŲŖ ŁŲ­Ų¬ŲØŁˆŁ‡

Seorang mukhannath masuk menemui isteri-isteri Rasulullah SAW dan mereka menganggapnya sebagai ‘ghairu ulil irbah’ (orang yang tidak punya kepada wanita). Satu ketika Rasulullah SAW masuk menemui isteri-isteri Baginda dan mukhannath itu ada bersama mereka, dan ketika itu dia sedang menceritakan tentang sifat wanita (Ta’if). Katanya, “Wanita (Ta’if) itu jika menghadap ke depan, maka ia mengadap dengan empat lipatan, jika mengadap ke belakang ia mengadap dengan lapan lipatan”. Lalu Nabi SAW bersabda, “Ketahuilah, aku melihat orang ini mengetahui apa yang ada pada wanita, maka jangan benarkan dia masuk bersama kalian lagi. Kata Saidatina Aisyah, “Lalu mereka (isteri-isteri Baginda SAW) pun memakai hijab”.

Di sini kita boleh lihat ketegasan Nabi SAW dalam isu ini, yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan. Khususnya dari sudut penguatkuasaan undang undang yang telah sedia termaktub dalam undang undang syariah negeri.

4️⃣ Cadangan Penyelesaian

▪️ Perlu kepada gerakan atau kempen anti-liberalisme, dan ini pastinya agak sukar kerana pasaran kuasa besar (Amerika) sekarang ini ialah liberalisme. Liberalisme Amerika mengajak kebebasan yang falasi. Mereka dakwa beri kebebasan, walhal mereka menaja perang berpanjangan terhadap sesiapa yang tidak sebulu dengan dasar luar mereka.

Dalam konteks Malaysia, liberalisme perlu didialogkan secara professional dan akademik untuk menggambarkan falasi pemikiran itu. Banyak logik yang boleh diutarakan dalam kes pondan seperti dari sudut perubatan, kesihatan, psikologi masa depan dan banyak lagi.

▪️ Ketegasan Nabi SAW terhadap golongan ini, bolehlah kita jadikan sebagai satu penegasan terhadap Undang undang Jenayah Syariah di negeri negeri yang ada peruntukan untuk kesalahan ini. Contohnya di Perak;
.
Seksyen 55 : Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam bagi tujuan maksiat adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Seksyen 13 : Seseorang Islam yang dengan sengaja, sama ada dengan perbuatan atau perkataan atau dengan cara apa jua pun, mengaku hendak keluar daripada Agama Islam atau mengisytiharkan dirinya sebagai orang yang bukan Islam adalah melakukan suatu kesalahan mempersendakan Agama Islam dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

▪️ Berdasarkan peruntukan tadi, mereka yang pondan dan mengaku ingin keluar daripada Islam perlu dikuarantin, dipisahkan daripada akses luar dalam tempoh dua tahun. Dalam tempoh ini, mereka perlu diberi pencerahan, dipulihkan dan sebagainya.

Dalam tempoh itu juga, perlu difahamkan tentang falasi falasi liberalisme, agar mereka berfikir dengan baik. Perlu diterapkan rasa bertuhan dan undang undang yang ditetapkan olehNya bagi mengikat hatinya sepertimana FirmanNya;

ŁˆَŲ£َŁ„َّŁَ ŲØَŁŠْŁ†َ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØِŁ‡ِŁ…ْ ۚ Ł„َŁˆْ Ų£َŁ†ŁَŁ‚ْŲŖَ Ł…َŲ§ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ Ų¬َŁ…ِŁŠŲ¹ًŲ§ Ł…َّŲ§ Ų£َŁ„َّŁْŲŖَ ŲØَŁŠْŁ†َ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØِŁ‡ِŁ…ْ ŁˆَŁ„َٰŁƒِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų£َŁ„َّŁَ ŲØَŁŠْŁ†َŁ‡ُŁ…ْ ۚ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُ Ų¹َŲ²ِŁŠŲ²ٌ Ų­َŁƒِŁŠŁ…ٌ

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah al Anfal 63)

▪️ Realiti semasa yang sarat dengan fenomena tekanan jiwa, boleh mengundang kepada kes-kes ‘ingin murtad’. Khususnya apabila hilangnya rasa pengharapan. Justeru, dengan kaedah kuarantin ini, mereka perlu ditenangkan, perlu dilaraskan fitrah dan cara berfikir mereka.

Dalam masa yang sama, sistem Islam perlu diterapkan dan disegerakan, contohnya dalam bab perundangan, ekonomi dan sebagainya bagi mengurangankan keruncingan isu isu yang berkaitan dengan akhlaq dan kehidupan yang beretika.

- Isnin, 8 Mac 2021


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo