Polis Siasat Ahli Politik Bergelar Datuk Disyaki Cabul Wanita

 

KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang ahli perniagaan wanita dicabul seorang ahli politik yang berpengaruh di sebuah negeri di Pantai Timur.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak, berkata mangsa yang berusia 48 tahun mendakwa kejadian itu sekitar Julai atau Ogos tahun lalu di kediamannya di Taman Bukit Melawati, di sini.

"Pada hari kejadian, suspek yang juga rakan baik kepada suami mangsa bersama isterinya berkunjung ke kediaman mangsa dan mereka bermalam di situ.

"Pada awal pagi keesokannya semasa mangsa sedang tidur di ruang tamu tingkat satu, dia tiba-tiba tersedar dan merasa ada orang mencium dan meramas payu daranya.

"Sebaik menyedari yang mangsa tersedar, suspek terus turun ke bawah untuk pulang ke rumah bersama isterinya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, setelah sekian lama kejadian itu, mangsa akhirnya membuat laporan polis berkaitan perkara itu pada 16 Mac lalu.

"Mangsa takut untuk membuat aduan polis selama ini kerana bimbang akan merosakkan hubungannya dengan suspek. Mangsa juga tidak pasti apa yang perlu dibuat memandangkan suspek yang berusia 50-an itu adalah seorang ahli politik yang berpengaruh di sebuah negeri di Pantai Timur," katanya.

Mohammed Farouk berkata, polis sudah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

- Bharian

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post