Responsive Ad Slot

PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi




KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada Ahad menyenaraikan premis seni, budaya dan warisan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) yang dibenarkan beroperasi.

MOTAC menerusi kenyataan memaklumkan premis terlibat termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya dan lain-lain akan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

MKN sebelum ini menetapkan aktiviti dan premis pelancongan di kawasan PKPB dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti premis dan mematuhi penjarakan fizikal, serta mewajibkan pemakaian pelitup muka manakala di kawasan PKPP sekurang-kurangnya mematuhi penjarakan fizikal.


Berikut adalah senarai premis seni, budaya dan warisan yang akan beroperasi mengikut agensi:

1. Jabatan Muzium Malaysia
- Muzium Negara, Kuala Lumpur
- Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur
- Muzium Etnologi Dunia Melayu, Kuala Lumpur
- Muzium Seni Kraf Orang Asli, Kuala Lumpur
- Muzium Automobil Nasional, Selangor
- Muzium Perak, Perak
- Muzium Matang, Perak
- Muzium Adat, Negeri Sembilan
- Muzium Lukut, Negeri Sembilan
- Muzium Seni Bina Malaysia, Melaka
- Muzium Kota Johor Lama, Johor
- Muzium Sungai Lembing, Pahang
- Muzium Kota Kayang, Perlis
- Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah
- Muzium Kota Kuala Kedah, Kedah
- Muzium Chimney, Labuan
- Muzium Labuan, Labuan
- Muzium Marin, Labuan

2. Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Komuniti dan Perpustakaan Kanak-Kanak

3. Jabatan Warisan Negara

- Galeri Melayu Pulau Pinang, Pulau Pinang
- Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Perak

4. Arkib Negara Malaysia
- Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan, Melaka
- Memorial Tun Ghafar Baba, Melaka

5. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
- Kompleks Kraf Kuala Lumpur
- Kompleks Kraf Johor
- Kompleks Kraf Langkawi
- Kompleks Kraf Melaka

Maklumat lanjut tarikh dan waktu operasi serta SOP terperinci ke premis yang berkaitan, boleh melayari laman sesawang serta media sosial MOTAC serta jabatan dan agensi terlibat.
-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo