Responsive Ad Slot

PEMERKASA - Komen ringkas Syahir Sulaiman




Apakah ramuan yang diperlukan ekonomi Malaysia untuk beralih daripada 'New Normal' kepada 'Next Normal'?

1. Inovasi

2. Perkongsian Ekonomi

3. Reformasi Institusi

Secara umumnya, pakej ekonomi PEMERKASA bernilai RM20 bilion yang diumumkan YAB Perdana Menteri adalah bertepatan pada masanya, di mana negara sedang berada pada tahap kelima 'Strategi 6R' Pelan Komprehensif Pemulihan Ekonomi (Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalise, Reform), iaitu 'Revitalise' atau Memperkasa Ekonomi.

Sehingga kini Kerajaan telah mengumumkan enam (6) pakej bantuan yang berjumlah RM340 bilion, iaitu PRIHATIN sebanyak RM250 bilion, PRIHATIN PKS RM10 bilion, PENJANA RM35 bilion, Kita PRIHATIN RM10 bilion, PERMAI RM15 bilion dan PEMERKASA RM20 bilion, yang bergerak seiringan dengan peruntukan BELANJAWAN 2021.

Pengumuman terbaru ini adalah manifestasi komitmen kerajaan PN untuk memulihkan semula sektor ekonomi yang terjejas, menyokong kerancakan perniagaan (khususnya PKS) dan menyerap kelembapan pasaran kerja, serta meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat, di samping usaha berterusan bagi mengekang wabak COVID-19.

Diharapkan 'suntikan' RM20 bilion ini dapat melonjakkan 'dayapulih' ekonomi negara yang sudah mula dibuka secara berperingkat pada Q1 2021, dengan penumpuan terhadap aspek penyaluran yang cekap dan pengagihan yang saksama di seluruh negara.

Syahir Sulaiman
19 Mac 2021

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo