NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gara-gara Kenyataan Media Mirip PH, Ketua Pegawai Media BN Di Gantung Sebulan

 

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mengakui berlaku kekeliruan dalam kenyataan Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi semalam termasuk berhubung merayu supaya Yang di-Pertuan Agong menitahkan sidang Parlimen diadakan segera.

Setiausaha Eksekutif BN Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata, susulan kekhilafan yang berlaku pihaknya bertindak menggantung tugas ketua pegawai media BN selama sebulan.

Katanya, penggantungan itu bagi tujuan siasatan dalaman dilakukan.

“Merujuk kepada kenyataan pengerusi BN bertarikh 4 Mac 2021, Zahid telah mengarahkan agar sedikit kekeliruan terhadap kenyataan media berkenaan adalah atas kekhilafan pegawai di sekretariat BN.

“Sehubungan itu saya mewujudkan jawatankuasa siasatan dalaman pada pagi ini bagi membincangkan penyiaran kenyataan media pengerusi BN yang tidak mendapat kelulusan Sekretarian Dewan Tertinggi BN terlebih dahulu yang kurang tepat sebagaimana yang diperbincang dan diputuskan mesyuarat Dewan Tertinggi BN,” katanya dalam kenyataan tanpa menyatakan secara jelas bahagian kekhilafan yang dimaksudkan.

Semalam kenyataan media memetik Zahid sebagai berkata, BN menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan yang Parlimen tidak akan bersidang ketika tempoh darurat seolah-olah mencabar titah Agong serta menghina institusi raja.

Dalam kenyataan itu juga, Zahid dilapor menyarankan Ahli Parlimen menyeru perdana menteri dan Jemaah Menteri menghormati titah Agong mengadakan sidang Parlimen dengan segera susulan kelonggaran sekatan pergerakan.

Beliau berkata, BN turut merayu Agong menggunakan kuasanya di bawah Ordinan Darurat untuk menitahkan sidang Parlimen diadakan segera bagi membincangkan beberapa isu, termasuk mengkaji semula keberkesanan langkah membendung penularan Covid-19, pelaksanaan Belanjawan 2021, memulihkan ekonomi negara dan kestabilan politik.

Susulan kenyataan Zahid itu, rakan komponen BN, MCA dan MIC mendakwa BN tidak pernah menyokong sebarang keputusan merayu Agong menitahkan Parlimen bersidang dengan kadar segera.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo