NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis Dedah Modus Operandi Penjenayah, Minta Semua Berhati-hati Taktik Pintas Sebelum Samun



Kepada semua pemandu kenderaan, pihak Polis Diraja Malaysia menerusi akaun Facebook rasminya ada berkongsikan modus operandi penjenayah dan meminta agar semua pengguna jalan raya berhati-hati akan taktik pintas sebelum samun.

Pihak polis telah mengesan taktik yang digunakan ini untuk melakukan jenayah samun.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

CRIME ALERT: HATI-HATI TAKTIK PINTAS SEBELUM SAMUN MANGSA

Jika anda sedang memandu kereta dan berasa seperti sedang diekori oleh kenderaan yang mencurigakan, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada menjadi sasaran penjenayah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan taktik yang digunakan oleh penjenayah dengan cara memintas kenderaan sebelum melakukan kegiatan samun.

Ikuti modus operandi penjenayah tersebut dan nasihat daripada pihak Polis untuk mengelakkan anda menjadi mangsa seterusnya:

1. Suspek dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda akan membuat pintasan di hadapan kereta mangsa secara berbahaya.

2. Seterusnya, dengan bersenjatakan parang suspek menghampiri kereta dan memecahkan cermin pintu di tempat duduk pemandu dan penumpang.

3. Mangsa kemudiannya akan ditarik keluar dari kereta sebelum suspek melarikan kenderaan berkenaan bersama barangan berharga.

Sekiranya anda mengalami kejadian sedemikian adalah dinasihatkan untuk tidak melawan bagi melindungi keselamatan diri dan penumpang. Hubungi talian kecemasan 999 untuk dapatkan bantuan dengan kadar segera.

Sumber: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/3994937420516535

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo