Responsive Ad Slot

PM Thailand terselamat daripada undi tidak percaya

20 FEB: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha dan sembilan anggota kabinetnya terselamat daripada undi tidak percaya yang diusulkan oleh pembangkang dalam Parlimen hari ini.

Diterajui oleh parti pembangkang, debat selama empat hari bermula Selasa lalu berakhir dengan proses pengundian yang menyaksikan Prayut yang juga Menteri Pertahanan memperoleh 272 undi sokongan, 206 undi menentang serta tiga terkecuali.

Undi tidak percaya diusulkan oleh pembangkang selepas mendakwa Prayut dan barisan kabinetnya gagal menguruskan pelbagai isu dalam negara termasuk salah urus ekonomi, wabak Covid-19 serta isu rasuah.

Sembilan anggota kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan; Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Anutin Charnvirakul dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan, Jurin Laksanawisit juga berjaya mendapat undi selesa.

Ini merupakan undi tidak percaya kali kedua buat kerajaan pimpinan Prayut sejak mengambil alih jawatan itu pada 2019.

Pada kali pertama Februari tahun lalu, Prayut, pemimpin rampasan kuasa tentara dan kemudian menjadi perdana menteri dan lima menteri kabinet terselamat daripada usul tersebut.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo