NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysiakini Belum Serik Lagi Hina Mahkamah?

Setelah Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman denda RM500,000 ke atas Malaysiakini kerana kesalahan menghina mahkamah, Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan, berucap begini di luar mahkamah:
Saya rasa keputusan yang dibuat terhadap kami dan denda besar yang telah dijatuhkan terhadap kami mungkin merupakan usaha untuk tidak hanya menghukum kami tetapi menutup kami. Saya sangat kecewa. Jenayah apa yang dilakukan oleh Malaysiakini sehingga kami terpaksa membayar RM500,000 apabila ada individu yang dituduh menyalahgunakan kuasa berjuta-juta dan berbilion masih bebas?
Versi Bahasa Inggeris ucapan Steven Gan pula berbunyi begini:
I think the decision made against us and the hefty fine that has been put against us is perhaps an attempt to not only punish us but shut us down. I am terribly disappointed. What crime has Malaysiakini committed that we are forced to pay RM500,000 when there are individuals charged with abuse of power for millions and billions who are walking free?
Perlu diingatkan bahawa Datuk Nallini Pathmanathan, sesatunya hakim daripada panel 7 hakim yang membela Malaysiakini dalam kes ini, tegas menyebut di dalam penghakiman minoritinya bahawa 

menghina mahkamah adalah satu kesalahan serius dan semua portal berita mestilah sentiasa berjaga-jaga dan bertindak untuk menghalang sebarang cubaan bagi menghakis keyakinan orang ramai terhadap institusi yang mulia ini.

Apakah dakwaan Steven Gan bahawa Mahkamah Persekutuan mungkin tidak hanya mahu menghukum Malaysiakini tetapi mahu menutup Malaysiakini serta mendakwa Malaysiakini tidak melakukan apa-apa jenayah yang memerlukan ia dihukum sebegitu, tatkala Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran, telah memohon maaf kepada Mahkamah Persekutuan, bukannya satu cubaan bagi menghakis keyakinan orang ramai terhadap mahkamah?

Apakah tidak mungkin Steven Gan boleh sekali lagi dituduh menghina mahkamah atas ucapannya hari ini?

Belum serikkah lagi Malaysiakini dengan hukuman yang dikenakan hari ini kerana menghina mahkamah?

Sumber: https://www.facebook.com/100001022016761/posts/4052543824789645/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo