NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Larangan gerak lebih 10km radius dibatalkan




Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba telah menandatangani pindaan akta 342 bagi pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP untuk dilaksanakan ke seluruh negara.

Pindaan peraturan di bawah Akta 342 ini akan membatalkan sekatan pergerakan dalam radius 10km yang mana pergerakan dalam daerah adalah dibenarkan.

Larangan pergerakan rentas negeri dan daerah kekal meskipun berlaku pertukaran status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri bermula Jumaat (19 Feb) ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pengumumannya memberitahu walaupun sebahagian besar negeri dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) namun pergerakan hanya dibenarkan di dalam daerah dan tidak boleh merentas antara daerah atau ke negeri lain.

Beliau berkata berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan (KKM) pergerakan rentas negeri telah menyumbang kepada peningkatan kes selepas kelonggaran diberikan pada akhir tahun lepas, justeru larangan itu kekal.

“Jika dulu kluster disebabkan rentas negeri hanya 11 hingga 12 kluster, namun selepas kita beri kelonggaran pada Disember lepas, ramai rentas negeri dan menyebabkan berlaku peningkatan kes COVID-19.

“Misalnya, di Kelantan selepas rentas negeri dibenarkan, banyak kes COVID-19 dan hampir 65 peratus daerah bertukar menjadi zon merah dan status negeri bertukar PKP. Maka kita tidak benarkan rentas negeri lagi,” katanya dalam sidang media perkembangan PKP di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo