NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dekoder MyTv diagih ke pedalaman, mudahkan akses DidikTV




Ipis: Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan menyumbangkan dekoder MyTv percuma kepada kira-kira 60,000 ketua isi rumah penduduk di pedalaman, termasuk perkampungan Orang Asli di seluruh negara secara berperingkat.

Dekoder itu akan diedarkan kepada keluarga B40 yang layak serta mempunyai akses terhadap capaian internet untuk pelajar dan murid menonton DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai sumber pembelajaran.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1 Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pemberian itu bagi memudahkan anak-anak luar bandar menonton siaran DidikTV KPM.

Ini kerana, beliau berkata, DidikTV KPM adalah satu media penting sebagai sumber pembelajaran sepanjang Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Menurutnya, kementeriannya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menyediakan data dan maklumat mengenai mereka yang tidak mempunyai kemudahan itu.

Katanya, ketika ini agensi di bawah kementeriannya mula bergerak di seluruh negara bagi memastikan bantuan itu sampai kepada mereka yang memerlukan dalam kadar segera.

"Kita juga ingin dapatkan maklum balas daripada penduduk kerana kita tidak mahu ada golongan penduduk luar bandar yang keciciran.

"Bagi kawasan luar bandar yang tidak mempunyai akses capaian internet, kementerian dalam usaha untuk membangunkan sebuah pemancar bagi mengelakkan pelajar luar bandar daripada terus tercicir dalam pelajaran," katanya kepada pemberita secara dalam talian, di sini, hari ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo