NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMMAH sokong darurat



DARURAT JALAN TERAKHIR

Ampun Tuanku, sembah patik mohon diampun

Meskipun begitu, kerajaan sementara boleh tumbang jika bila berlaku undi tidak percaya di

Parlimen. Jika berlaku situasi begini, patik sekalian mengusulkan agar kuasa pengisytiharan

darurat di bawah Perkara 150 digunakan bagi mengekalkan kerajaan sementara sehingga

terdapat perakuan yang jelas oleh badan khas yang dinyatakan di atas.

Pengisytiharan darurat yang pernah dibuat untuk menangguhkan Pilihan Raya Kecil di Batu

Sapi, Gerik dan Bugaya menunjukkan bahawa ia adalah satu jalan keluar yang berkesan dan

diterima bagi mengelakkan risiko Covid-19.

Sembah patik mohon diampun,

Menjunjung Duli Yang Maha Mulia Tuanku, patik sekalian memohon izin mengajak seluruh

rakyat dan pemimpin agar bersatu hati bagi meletakkan kepentingan negara mengatasi

kepentingan politik. Tumpuan utama kini adalah untuk menangani wabak Covid-19 dan

menjaga kebajikan rakyat dalam situasi yang sukar begini. Segala bentuk perbezaan politik

sepatutnya perlu dikendurkan bagi mengelakkan mudarat yang besar kepada rakyat dan

negara.

Memohon ampuni limpah perkenan Tuanku.

DAULAT TUANKU

‘PERTAHANKAN KEDAULATAN ISLAM DAN PERSEKUTUAN’

MOHD ZAI MUSTAFA

Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
11 Januari 2021 (Bersamaan 27 Jamadil Awal 1442 H)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo