NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pihak Berkuasa China Dapati Ada Aiskrim Buatan Tempatan Dicemari Virus COVID-19, Dipercayai Libatkan Hampir 5,000 Kotak Aiskrim




Tiga sampel aiskrim buatan tempatan di wilayah Tianjin di China didakwa tercemar dengan virus dalam satu ujian yang dijalankan baru-baru ini.

Menerusi laporan China Daily, ujian COVID-19 dibuat ke atas produk aiskrim tersebut dan hasil mendapati ketiga-tiga sampel itu positif.

Difahamkan, kira-kira 4,836 kotak aiskrim telah dihasilkan syarikat berkenaan sebelum itu, di mana 2,089 telah dipekkan dan 1,812 daripadanya telah diedar untuk dijual di pasaran.

Ahli virologi Universiti Leeds, Dr. Stephen Griffin berkata, ujian positif COVID-19 aiskrim tersebut didakwa berpunca daripada hubungan manusia dan bersifat ‘one-off’.

“Ia mungkin daripada masalah dengan kilang pembuatannya dan berpotensi disebabkan faktor kebersihan di kilang.

“Aiskrim yang dibuat dengan lemak, kemudian disimpan pada suhu sejuk akan memudahkan virus tersebut bertahan,” katanya kepada SkyNews, memetik laporan Mail Online.

Bagaimanapun jelasnya, orang awam tidak perlu terlalu panik dan gusar tentang kes itu.

Ekoran penemuan tersebut, pihak perbandaran mendakwa telah melakukan langkah penutupan semua premis sejuk beku yang dipercayai mempunyai kaitan dengan jualan produk tersebut.

Ketika ini, sebanyak 65 kotak aiskrim yang telah dijual di pasaran berada di bawah pemantauan untuk dibuat ujian.

Manakala orang awam di sekitar wilayah tersebut yang telah membelinya diminta untuk melaporkan tahap kesihatan dan pergerakan mereka bagi tindakan lanjutan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo