NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Kedah Menjunjung Kasih Atas Titah Dymm Spb Yang Di-Pertuan Agong




ŲØِŲ³ْŁ…ِ Ł±Ł„Ł„ّٰŁ‡ِ Ł±Ł„Ų±َّŲ­ْŁ…ٰŁ†ِ Ł±Ł„Ų±َّŲ­ِŁŠŁ…ِ ‎

Ų§Ł„Ų³َّŁ„Ų§َŁ…ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁƒُŁ…ْ ŁˆَŲ±َŲ­ْŁ…َŲ©ُ Ų§Ł„Ł„Ł‡ِ ŁˆَŲØَŲ±َŁƒَŲ§ŲŖُŁ‡

Salam Sejahtera.

PAS KEDAH menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung wabak COVID-19.

PAS Kedah menyokong segala usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan berdasarkan statistik semasa COVID-19 yang amat membimbangkan. Cadangan pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait amatlah bertepatan agar "gencatan politik" yang sebenar dapat dizahirkan demi kepentingan rakyat.

Sebagai langkah memutuskan rantaian Covid19, PAS Kedah merayu kepada semua rakyat agar terus berdisiplin mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan semua perintah yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Janganlah leka kerana "musuh" yang tidak dapat dilihat ini masih berleluasa di persekitaran kita.

PAS Kedah tidak jemu untuk mengingatkan agar kita semua teruskan berdoa kepada Allah SWT semoga segera mengangkat musibah ini dan melimpahkan rahmatNya untuk kita semua.

Firman Allah SWT,

Ł‚Ų§Ł„َ Ų±َŲØُّŁƒُŁ…ُ Ų§ŲÆŲ¹ŁˆŁ†ŁŠ Ų£َŲ³ŲŖَŲ¬ِŲØ Ł„َŁƒُŁ… ۚ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„َّŲ°ŁŠŁ†َ ŁŠَŲ³ŲŖَŁƒŲØِŲ±ŁˆŁ†َ Ų¹َŁ† Ų¹ِŲØŲ§ŲÆَŲŖŁŠ Ų³َŁŠَŲÆŲ®ُŁ„ŁˆŁ†َ Ų¬َŁ‡َŁ†َّŁ…َ ŲÆŲ§Ų®ِŲ±ŁŠŁ†َ

"Berdoalah kepada-Ku, Aku akan kabulkan doa kalian. Sungguh orang-orang yang menyombongkan diri kerana enggan beribadah kepada-Ku, akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam dalam keadaan hina dina"
Surah Al-Ghafir : 60

“Ų§Ų³Ł„Ų§Ł… Ł…Ł…Ś¤Ų±ŁƒŁˆŁƒŁˆŁ‡ Ś¤Ų±Ś¤Ų§ŲÆŁˆŲ§Ł†”

AHMAD BIN YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah
28 Jamadil Awal 1442H | 12 Januari 2021


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo