NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pandangan MCW Berkenaan Isu Daging Impot – Kartel Daging Haram.

26 Disember 2020

1. Kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia telah terbongkar dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa pada minggu lepas.

2. Sebanyak 1,500 tan daging sejuk bernilai RM30 juta telah disita dalam hanya hanya satu serbuan pada minggu lepas. Isu ini pasti melibatkan rasuah dan salah guna kuasa agensi penguatkuasa tempatan dan para peniaga yang tamak haloba.

3. Menurut maklumat dalaman, kes ini telah 40 tahun berlaku tanpa pemantauan mana-mana pihak. Apakah kita hendak melihat sahaja perkara ini terus berlaku? MCW mengucapkan tahniah kepada akhbar SINAR HARIAN kerana berani mendedahkan isu ini.

4. Rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam memberikan perhatian yang sangat tinggi terhadap makanan halal, haram atau syubhah (meragukan). Pengambilan makanan memberi kesan besar terhadap pembangunan kerohanian, di samping menjejaskan pembentukan akhlak.

5. Maka, akan sebab makanan inilah yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia rosak hati dan fikiran mereka. Akibat makan daging haram ini maka ramailah yang makan rasuah. Makan rasuah inilah yang menyebabkan negara jadi musnah!

6. Agensi yang terlibat dalam pemantauan daging impot di Malaysia adalah Jabatan Perkhidmatan Vetrinar, JAKIM, Kementerian Kesihatan (KMM), MAQIS, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDM) dan Polis Pelabuhan. Isu yang utama ialah keselamatan daging import, integriti rantaian bekalan, loji penyembelihan tidak sah dan pemprosesan daging tidak halal. 

7. Purata import bulanan adalah lebih kurang 300-400 kontena dengan 25mt daging beku setiap kontena. Strategi kartel adalah untuk mengelakkan cukai dan membayar kos sijil halal. Mereka mengaut keuntungan besar daripada harga import murah dan dijual mahal di pasaran tempatan. Mereka pastinya menyuap pegawai agensi itu supaya mempercepatkan proses bagi menjimat kos dan meningkatkan untung.

8. Penguat kuasa yang menerima pendapatan rendah adalah terdedah kepada suapan daripada peniaga ini. Ianya gagal dikesan dan didakwa atau ditangkap dan didenda. Sistem kawalan yang lemah dan mudah bocor di beberapa titik dalam rantaian bekalan daging ini juga menjadi punca masalah.

9. Enam agensi tersebut yang terlibat dalam pengimportan daging yang menyebabkan pertindihan fungsi atau skop. Pertindihan birokrasi ini pastinya menyukarkan pelaksanaan kawalan.

10. MCW Bersama beberapa organisasi yang berkaitan akan membuat satu memorandum kepada Kerajaan Malaysia dalam masa yang terdekat ini bagi mengemukakan beberapa cadangan yang berkaitan untuk memperbaiki integriti terutama isu kualiti dan halal, kecekapan dan keadilan sistem untuk semua pemain industri bagi mengatasi masalah ini secara menyeluruh.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo