NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mesej Tuhan Untuk Penggila Kuasa



Melalui hujan dan segala perubahan cuaca, Allah SWT mengirimkan mesej kepada kita agar kita sedar bahawa Dialah Yang Maha Berkuasa.

Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ Ų®َŁ„َŁ‚َ Ų³َŲØْŲ¹َ Ų³َŁ…َŲ§ŁˆَŲ§ŲŖٍ ŁˆَŁ…ِŁ†َ Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ Ł…ِŲ«ْŁ„َŁ‡ُŁ†َّ ŁŠَŲŖَŁ†َŲ²َّŁ„ُ Ų§Ł„ْŲ£َŁ…ْŲ±ُ ŲØَŁŠْŁ†َŁ‡ُŁ†َّ Ł„ِŲŖَŲ¹ْŁ„َŁ…ُŁˆŲ§ Ų£َŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų¹َŁ„َŁ‰ٰ ŁƒُŁ„ِّ Ų“َŁŠْŲ”ٍ Ł‚َŲÆِŁŠŲ±ٌ ŁˆَŲ£َŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł‚َŲÆْ Ų£َŲ­َŲ§Ų·َ ŲØِŁƒُŁ„ِّ Ų“َŁŠْŲ”ٍ Ų¹ِŁ„ْŁ…ًŲ§

Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu. (Surah Talaq 12)

Masing masing perlu sedar dengan konflik politik hari ini. Apabila manusia berebut rebut untuk berkuasa, lantas Allah SWT menurunkan hujan dan banjir agar kita berfikir siapa yang lebih berkuasa.

Tiada kerajaan yang mampu untuk menahan hujan. Tiada kerajaan yang mampu menghalang banjir. Tiada kerajaan yang mampu ‘bermuafakat’ dengan Tuhan untuk memperbaiki cuaca.

- Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil, 6 Januari 2021

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo