NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mengapa berpusing di tempat yang sama?


oleh: Nik Mohamad Abduh 

Kesatuan umat amat memerlukan pengorbanan yang besar. Di dalamnya pula perlu ada keikhlasan dan kesedaran yang tinggi. Kepentingan diri dan kelompok adalah benar dan tidaklah salah sepenuhnya, tetapi ia tidak boleh mengatasi dan menghalang kepentingan umat untuk dijulang di tempat teratas.

Saya sentiasa optimis, jika Allah mahukan kebaikan untuk negara tercinta, Dia pasti memudahkan perjalanan kita menuji kesatuan umat di atas jalan-Nya yang akan menjamin kekuatan dan kejayaan yang kekal.

Justeru saya menyeru beberapa individu dan kelompok dalam kerajaan PN yang masih berselisihan untuk terus membuka jalan kepada perundingan dan penyelesaian. Jangan ditutup jalan itu.

Bukankah membina jalan baru memerlukan masa dan pergorbanan baru seterusnya? Kita tidak boleh berpusing berkali-kali di tempat yang sama.

Semoga Allah menyinari jalan kita dan usaha kita ke arah kesatuan umat yang disokong umat teramai demi cinta agama dan negara.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo