NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan Media Lintang Pukang Naib Presiden Amanah



oleh: Dr Kamarul

Agak terkejut juga saya bila menerima satu kenyataan media yang disebarkan oleh Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar, kepada rakan-rakan wartawan tadi.

Terkejut pertama kerana isinya yang menggesa Ahli-Ahli Parlimen pembangkang supaya tidak menyertai jawatankuasa bebas khas seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Terkejut kedua kerana ejaan, tatabahasa dan susunannya yang lintang-pukang tidak setaraf dengan kedudukan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen dan mantan Timbalan Menteri.

Berikut adalah kenyataan media penuh beliau.

MP PH/Pembangkang Tak Perlu Sertai sebarang jawatan kuasa yg dibentuk dari Proklomasi darurat. ini kerana tiada keperluan darurat yg dicadangkan oleh PM dan Jemaah menteri yg sudah hilang bilangan majoriti MP yg menyokong TSMY sebai PM. PM dan kerajaan PN adalah kerajaan yg merampas mandat rakyat dan kini diwaktu keputusan untuk darurat dibuat oleh jemaah menteri kerajaan PN sudah hilang majoriti hanya 110 sahaja. dan sehari kemudian bilangan menurun pada 109.ini jelas PM dan jemaah menteri yg ada ini pada moralnya tidak ujud dan tidak layak utk membuat keputusan dan mempersembahkan pada YDPA. jika MP pembangkan sertai bermakna memperakui keabsahan PM dan PN.

sekian tkasih.
Mahfuz Omar
Naib Presiden Amanah
MP Pokok Sena

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo