WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, semalam melancarkan pentadbirannya dengan menandatangani sejumlah perintah eksekutif, termasuk keputusan untuk menyertai semula perjanjian iklim Paris.
Perintah berkenaan turut 'menterbalikkan' pelbagai keputusan dibuat oleh Presiden sebelum ini, Donald Trump.
Antara lain, menterbalikkan proses meninggalkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menamatkan larangan kemasukan daripada kebanyakan negara Islam, meningkatkan perlindungan alam sekitar, dan menguatkan usaha memerangi pandemik COVID-19.
"Kita akan menangani perubahan iklim dengan cara yang kita tidak pernah lakukan selama ini," kata Biden. - AFP
No comments
Post a Comment