Responsive Ad Slot

Rejim Zionis Israel serang Gaza, 2 penduduk cedera


27 DIS: Walaupun Gaza masih berdepan dengan pandemik COVID-19, rejim Zionis Israel tetap meneruskan kebiadabannya dengan melancarkan serangan udara terhadap wilayah itu awal pagi semalam.

Memetik laporan Palestinian Information Center, beberapa rakyat Palestin dan bangunan musnah dalam serangan melibatkan tiga lokasi itu.

Sumber memberitahu, pesawat tempur Israel melepaskan lima peluru berpandu di timur kawasan al-Tuffah di timur Gaza City, menyebabkan seorang kanak-kanak dan seorang penduduk cedera.

Pengeboman itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus di Gaza City dan kemusnahan pada Hospital Pediatrik Al-Syahid Mohamed al-Dorra, Masjid Wadoud, Pusat Rehabilitasi Orang Kurang Upaya, pusat sukan dan beberapa buah rumah serta bangunan-bangunan lain.

Tidak berapa lama kemudian, satu lagi serangan udara dilancarkan terhadap pusat pemerhatian di timur Deir al-Balah namun tiada kecederaan dilaporkan.

Sebuah dron dan sebuh jet pejuang juga mengebom kawasan tanah lapang di timur kem pelarian al-Bureij di tengah Gaza.

Seorang jurucakap rejim Zionis Israel mendakwa serangan udara dilancarkan sebagai tindak balas terhadap dua roket yang dilancarkan ke kawasan Israel petang Jumaat lalu.

Dia menambah, kedua-dua roket itu telah dipintas oleh unit artileri antipeluru berpandu.

Jurucakap Hamas, Hazem Qasem menyifatkan serangan udara rejim Zionis itu sebagai tidak bertamadun dan keganasan terhadap orang awam.

Beliau menegaskan, tindakan jenayah Israel itu tidak akan mematahkan semangat rakyat Palestin.

Sebaliknya, ia merangsang kesungguhan mereka untuk berjuang mempertahankan hak mereka.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo