NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Memorandum Untuk PAS Tolak PPBM : Banyak Yang Tetiba.

Tengah duk tunggu undi Belanjawan di Parlimen satu pengundian yang akan menentukan keabsahan Kerajaan Perikatan Nasional. 

Tetiba, ada sekelumit yang mengaku akar umbi PAS serah memorandum untuk PAS tolak PPBM dan keluar dari PN. Datang dari mana ini orang. Huhu. 

Tetiba, sejak bila PAS guna istilah akar umbi, selalu yang kita pakai ahli PAS dan pendokong PAS, jarang sangat guna ayat akar umbi nie. Oklah, boleh terima walau janggal sikit. 

Tetiba, keluar banner PPBM nak kerusi banyak, mereka tiada jentera dalam PRU. Ini naratif parti mana, ahli PAS tak pernah bawa naratif begini. Mungkim mereka je lah yang bawa. 
Tetiba, dakwa sudah bincang dengan banyak akar umbi di seluruh negara secara rambang. Wah, kau. Patut umumkan lah bahagian atau cabang mana. 

Tetiba, ada gambar tiga pemimpin PAS yang didakwa sebagai jurucakap PPBM. Walhal, PAS duk nak bawa Memperkukuhkan MN, Mempertahankan PN. Sebenarnya 'akar umbi PAS' yang mahu kukuhkan MN sahaja ini telah menjadi jurucakap bagi pihak lain. 
Tetiba, nak keluar PN. Walhal jika kira pada patut sewajarnya 'akar umbi PAS' ini bawa tuntutan untuk PAS tinggalkan UMNO, isu di Perak sudah cukup sebagai hujah. Tak delah nampak tetiba sangat. 

Akhirnya, ahli boleh nak bagi apa pandangan pun, namun, keputusan yang telah diputuskan oleh pimpinan mesti disokong bersama. 

Keputusan kini, Memperkukuhkan MN, Mempertahankan PN. Pimpinan yang bawa naratif ini bukanlah jurucakap mana-mana parti, tapi jurucakap kepada PAS itu sendiri. 

Yang melencong kepada naratif lain, macam MN sahaja atau PN sahaja. Itulah jurucakap kepada parti lain. 

Acah-Acah Mewakili 'Akar Umbi' PAS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo