Antara Titah Yang Di-Pertuan Agong Dan ‘Titah’ Setiausaha Keadilan, Amanah Dan DAP

Inilah titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah lbni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, pada 28 Oktober 2020:

“Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah lbni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, menasihati Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk MEMBERI SOKONGAN PADU kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak koronavirus (COVID-19).”
“Al-Sultan Abdullah menyeru Ahli-Ahli Dewan Rakyat menghormati titah nasihat Seri Paduka untuk mereka memberhentikan segera segala perbalahan politik dan sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 DILULUSKAN TANPA SEBARANG GANGGUAN”.

Inilah pula ‘titah’ Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Setiausaha Agung AMANAH, Datuk Dr Hatta Ramli; dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, pada 14 Disember 2020:
 “Pakatan Harapan menggesa agar semua Ahli Parlimen, sama ada di sebelah Pembangkang mahupun dari kalangan penyokong Kerajaan, yang memahami bahawasanya Belanjawan ini tidak menepati objektif dan matlamat untuk memerangi COVID-19, membantu rakyat dan menghidupkan semula ekonomi, agar MEMILIH UNTUK MENOLAKNYA pada bacaan kali ketiga (hari ini).” 
Semua Ahli Parlimen wajarlah tepuk dada tanya selera: Mahu akur kepada titah Yang di-Pertuan Agongkah atau mahu akur kepada ‘titah’ Setiausaha Agung KEADILAN, Setiausaha Agung AMANAH dan Setiausaha Organisasi DAP?
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post