NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersatu setuju perkukuh kerjasama dengan PAS


KUALA LUMPUR, 7 Dis -- Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bersetuju memperkukuhkan kerjasama dengan PAS melalui Perikatan Nasional (PN) dalam usaha mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju bahawa semua keputusan berkaitan penubuhan kerajaan Perak yang baharu akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan PN terutama PAS yang terlibat secara langsung.

"Dalam mesyuarat itu, MPT sekali lagi menzahirkan rasa kesal terhadap usul keyakinan majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak yang diusulkan oleh UMNO tetapi tidak disokong oleh UMNO dan Pakatan Harapan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan malam ini.


Ahmad Faizal, yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan ADUN Chenderiang, gagal memperoleh sokongan majoriti wakil rakyat apabila hanya menerima 10 undi menyokong beliau sebagai menteri besar manakala 48 tidak menyokong dan satu berkecuali.

Usul itu dibawa oleh ADUN Pengkalan Baru daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Abd Manap Hashim. 

DUN Perak merangkumi 25 ADUN (BN) yang kesemuanya daripada UMNO, 16 (DAP), Bersatu (5), Amanah (5), PKR (3), PAS (3), Gerakan dan Bebas masing-masing satu.


-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo