NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

6 Sifat Zuhud Pengasas Al-Rajhi Bank



Siapakah pengasas Al Rajhi Bank ini? Nama Al-Rajhi Bank itu sendiri mungkin tak berapa dikenali oleh rakyat Malaysia, apatah lagi pengasasnya.

Al-Rajhi Bank diasaskan oleh Sulaiman Abdul Aziz Al Rajhi. Hartanya bernilai USD 7.7 bilion. Beliau merupakan pengasas perbankan Islam pertama di Timur Tengah termasuklah Turki dan Abu Dhabi.

Berikut adalah 6 sikap yang boleh kita contohi untuk kesenangan kita di dunia dan di akhirat.

1. Tidak Suka Membazir

Bagi beliau, mengapa perlu kita memasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah SWT telah beri kita cahaya pada siang hari secara percuma?

Beliau percaya bahawa amalan membazir ini merupakan amalan syaitan dan mendidik anak-anak beliau untuk mengamalkan sikap berjimat-cermat sejak dari kecil lagi.

2. Membezakan Bisnes Dan Peribadi

Meskipun beliau memiliki ekuiti syarikat penerbangan tetapi beliau masih membeli tiket kapal terbangnya menggunakan duit sendiri.

Bagi beliau, duit untuk perniagaan tidak seharusnya digunakan untuk hal peribadi termasuklah yang melibatkan hal keluarga.

3. Merendah Diri

Walaupun beliau diiktiraf sebagai seorang bilionaire dan memiliki aset yang banyak, beliau masih menaiki penerbangan kelas ekonomi walaupun beliau mampu menaiki pesawat peribadi.

Untuk bermegah dengan kemewahan merupakan perkara sia-sia dan sebaliknya merendah diri akan lebih dipandang mulia oleh orang lain.

4. Menepati Waktu

Beliau amat menitikberatkan soal menepati waktu pada awal memulakan bisnes kerana beliau pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut.

Sejak dari itu, beliau akan memastikan beliau akan sampai awal 30 minit sebelum sebarang pertemuan atau rundingan bermula.

5. Tegas Dengan Prinsip Islam

Beliau pernah dijemput untuk menghadiri satu jamuan makan malam. Tetapi sebaik sahaja tiba di majlis tersebut, beliau keluar daripada jamuan tersebut setelah menyedari program hiburan yang dianjurkan telah menyalahi syariat Islam.

Sehubungan dengan itu, penganjur majlis membatalkan program hiburan tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman.

6. Semuanya Baik-baik

Satu perkataan yang sering diucapkan oleh beliau adalah Alhamdulillah. Dan itulah ucapan yang keluar dari mulut beliau apabila mendengar kilangnya terbakar.

Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali kerana bagi beliau semuanya adalah milik ALLAH. Selain daripada itu, beliau sering menegaskan bahawa kita hanyalah pemegang amanah harta ALLAH di atas muka bumi ini.

Dengan kekayaan yang beliau miliki, beliau kemudiannya telah menginfakkan segala-galanya kepada badan kebajikan.

Sumber: https://www.majalahlabur.com/inspirasi/6-sifat-zuhud-pengasas-al-rajhi-bank/



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo